Thursday, April 29, 2010

Nafi 'ultra Melayu', Ibrahim saman Sun, wartawan

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali hari ini memfailkan saman terhadap akhbar berbahasa Inggeris The Sun, ketua pengarang dan wartawan yang didakwa menyiarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya dan Sultan Selangor.
Samannya itu difailkan oleh peguamnya, Datuk Salehudin Saidin di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini.

Ditemui pemberita, Salahudin berkata anak guamnya menuntut gantirugi yang akan ditentukan mahkamah, permohonan maaf secara terbuka dan perintah injuksi bagi melarang pihak tersebut daripada terus menyiarkan berita seumpama itu.

Katanya, akhbar The Sun pada 17 Mac menyiarkan laporan yang didakwa berunsur fitnah bahawa Ibrahim dan PERKASA tidak mendapat perkenan Sultan Selangor bagi merasmikan mesyuarat agung NGO itu pada hujung bulan lalu.

"Tulisan itu juga menggambarkan anak guam saya chauvinis Melayu dan kuat perkauman," katanya.
Selain laporan berita itu, Ibrahim sebelum ini juga pernah mendakwa satu lagi laporan dalam akhbar yang sama, mendakwa Sultan Selangor telah menasihatkan presiden PERKASA itu supaya jangan bersikap melampau.
Dalam laporan tersebut, The Sun memetik sumber-sumber yang menyatakan bahawa Sultan Selangor, Tuanku Sharafuddin Idris Shah tidak komited sama ada baginda akan merasmikan AGM PERKASA selepas menerima mengadap Ibrahim selama 40 minit di Istana Mastika.
AGM PERKASA berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur pada 27 Mac lalu dengan dirasmikan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
'PERKASA lebih semangat'
Sementara itu, Ibrahim yang hadir sama di Mahkamah Tinggi Shah Alam mendakwa akhbar berkenaan mungkin berniat jahat dengan menyiarkan laporan itu memandangkan tiada media lain yang melaporkan berita sebegitu.
Beliau juga mengesyaki terdapat pihak-pihak tertentu di belakang media terbabit yang mahu menggagalkan AGM PERKASA.
"Laporan itu amat serius kerana membabitkan Sultan Selangor dan nama baik PERKASA.

"Kita tak pernah pun bersifat perkauman dan ultra Melayu," katanya.

Ditanya tentang tindakan sesetengah media baru yang didakwa menggambarkan PERKASA sebagai perkauman, Ibrahim menegaskan pihaknya hanya memperjuangkan kepentingan Melayu berdasarkan ruang lingkup perlembagaan negara.

"Dong Ziong, suatu masa Su Qiu juga membuat pelbagai tuntutan kepada kerajaan. Tak ada siapa pula sebut mereka perkauman," katanya.

Justeru tambahnya, label yang diberikan kepada PERKASA tidak adil.

"'Kita tidak tertekan, bahkan kita jadi lebih bersemangat," katanya.

Beberapa pemimpin kanan PERKASA turut hadir menemani Ibrahim memfailkan tuntutan hari ini.


http://www.malaysiakini.com
read more...

Tubuh inkues siasat pembunuhan Aminulrasyid

Inkues di bawah kuasa kehakiman perlu ditubuhkan bagi menyiasat remaja berusia 14 tahun - Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati polis di Seksyen 11, Shah Alam, Isnin lalu.

Presiden, Majlis Peguam Malaysia, Ragunath Kesavan berkata Seksyen 328 Kanun Prosedur Jenayah harus digunakan bagi membolehkan inkues dijalankan setiap kali berlakunya kematian ketika polis menjalankan operasi.

“Mengambilkira kepentingan rakyat, punca kematian sedemikian hendaklah dikendalikan mengikut prosedur mahkamah dan satu inkues di bawah kuasa kehakiman ditubuhkan,” katanya dalam satu kenyataaan media, hari ini.

Katanya, insiden itu amat menggemparkan dan lebih mendukacitakan lagi apabila polis melabel remaja berkenaan sebagai “penjenayah” untuk menepis kelemahan mereka.

“Sikap ini amat mengecewakan dan tidak adil terhadap keluarga mangsa dan tidak ada kaitan dengan pembunuhan remaja tersebut.

“Jumlah kematian yang semakin meningkat akibat ditembak polis menimbulkan prasangka masyarakat bahawa anggota polis amat cuai dan tidak mengikut prosedur ketika menjalankan tugas,” kata Kesavan.

Menurut bel
iau, Majlis Peguam, menyambut baik tindakan pihak berkuasa yang mengklasifikasikan insiden itu sebagai kes bunuh dan penubuhan panel khas yang akan diketuai oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri untuk menyiasatnya.

Kesavan juga menggesa pihak polis dan kerajaan bertindak segera untuk memastikan keadilan ditegakan dan hukuman yang setimpal dikenakan terhadap anggota-anggota yang terbabit.

http://www.malaysiakini.com
read more...

Selangor tak alu pemimpin salah-guna masjid

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini bertitah sesiapa yang tidak bersetuju dengan peraturan larangan berpolitik di masjid dan surau supaya tidak perlu datang ke negeri itu.

Jelas baginda, tujuan larangan masjid daripada digunakan sebagai pentas politik adalah untuk menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadah itu.

"Ini adalah kerana masjid dan surau merupakan tempat umat Islam berkumpul bagi melaksanakan amal ibadat dan mengeratkan silaturahim sesama mereka.

"Sekiranya masjid dan surau dibiarkan sebagai pentas kempen politik adalah dikhuatiri ia akan disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan melakukan perbuatan yang boleh mencemari kesuciannya seperti caci mencaci, fitnah memfitnah, tohmahan yang tidak berasas dan memburukkan keperibadian seseorang," titah baginda ketika merasmikan Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin di Jalan Kota, Klang.

Baginda berititah, jika ingin datang ke Selangor, mereka yang terbabit hendaklah mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

"Jika sekiranya seorang itu tidak bersetuju dengan peraturan yang telah ditetapkan di Selangor ini, maka hendaklah beliau mengelakkan diri daripada datang ke negeri ini."

Sultan Sharafuddin memberikan penjelasan itu memandangkan ada sesetengah ahli politik mempertikaikan titah baginda dan menganggapnya sebagai karut dan peninggalan penjajah.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 23 April lalu menempelak Jabatan Agama Islam (JAIS) yang melarang pemimpin politik berceramah di masjid untuk kepentingan politik.

"Siapa ajar tak boleh cakap politik dalam masjid. Allah memerintah manusia dengan keadilan. Keadilan ada urusan politik, dibaca dalam al-Quran, dalam masjid," katanya sambil membaca sepotong ayat al-Quran.
"Allahu Akbar, kita azan, ini politik. Mengajak orang ramai pergi ke masjid, ini politik... Ini kerja-kerja saki baki ajaran penjajah barat yang mengasingkan ajaran agama dan politik... Ini adalah ajaran karut yang ditinggalkan oleh Inggeris yang diterima oleh manusia Muslim. (Saya) rasa dukacita," katanya.


http://www.malaysiakini.com
read more...

"Apa jasa Ezam Soros pada negara untuk melayakkan beliau dilantik Senator”?

Malunya saya kalau saya ini seorang manusia bermaruah. Tapi manusia bernama Ezam Mat Nor adalah seorang manusia yang tidak bermaruah. Sebab itu dia tidak malu menerima tawaran jawatan Senator dari parti yang pernah beliau keji dan nista.

Lebih menghairankan adalah :

"Apa jasa Ezam Soros pada negara untuk melayakkan beliau dilantik Senator”?

Adakah Ezam Soros seorang yang pernah berjuang di perbatasan sehingga berjaya menyelamatkan negara dari ditakluk musuh? Adakah Ezam Soros seorang teknokrat yang mengharumkan nama negara dengan kebolehan dan keupayaan beliau? Adakah beliau seorang yang mempunyai ilmu dan pengalaman luas dalam pentadbiran dan politik negara.

Pengalaman Ezam dalam politik negara tidak lain adalah mengutuk dan menista UMNO sewaktu Ezam Soros berada dalam PKR dahulu. Tidak lain dari itu. Jawatan Senator diberikan kepada orang yang tidak bermaruah seperti Ezam Soros.

Ezam juga masih belum menjawab cabaran Raja Petra Kamaruddin. Yakni Ezam telah mendapat Rm20 juta dari Soros atas nama kempen membebaskan Anwar Ibrahim. Atas sebab itulah saya memanggil beliau “Ezam Soros”. Seeloknya Ezam membersihkan nama beliau dari cabaran terbuka Raja Petra ini kepada beliau memandangkan Raja Petra bercadang untuk mendedahkan bukti kalau Ezam terus berdiam diri.

JASA EZAM ADALAH MEMBELI PEMIMPIN DAN WAKIL RAKYAT PKR?

Mengikut maklumat yang saya dapat dari dalaman UMNO, itulah jasa sebenar Ezam Soros. Kerja-kerja perginya orang seperti Halili Rahmat dan beberapa pimpinan PKR termasuk di Perak yang menyebabkan jatuh kerajaan PR di Perak adalah hasil kerja tangan Ezam Soros.

Untungnya jadi Ezam. Sudahlah berjuta duit Soros dia dapat. Sekarang dapat pulak tawaran Senator dari parti dia maki dulu. Cuba bayang bagaimana Ezam dapat beli bangle di kawasan yang mahal di Shah Alam di waktu Ezam masih Ketua Pemuda PKR dahulu? Mana dia dapat duit. Saya sendiri pun terkial-kial nak bayar duit rumah dalam keadaan ada kerja tetap, tapi Ezam dapat beli rumah Banglo mahal dalam keadaan tiada kerja.

Saya antara yang menjadi peminat Ezam dan mempercayai cakap Ezam bahawa UMNO ini korup, sudah tidak dapat dibersihkan lagi, jahat dan sebagainya.

Tapi depan mata saya Ezam Soros telah berbohong kepada saya. Oleh sebab itu saya SUMPAH Ezam Soros kerana berbohong kepada saya dahulu.

Saya telah meminta kawan saya yang berada di Mekah untuk berdoa di hadapan Kaabah bagi pihak saya supaya Allah SWT mengutuk dan menurunkan bala kepada manusia bernama Ezam Mat Nor ini di atas pembohongan dan pengkhianatan beliau kepada kami penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Tindakan Ezam Soros ini amat buruk kepada generasi masa hadapan. KAlau tidak diambil tindakan, ia akan membenarkan tindakan khianat dan pembohongan atas dasar kepentingan pribadi dan keduniaan.

Fakta adalah sehingga hari ini Ezam Soros TIADA BUKTI apa-apa penyelewengan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Ezam tiada bukti bahawa Anwar telah bertindak zalim atau menyeleweng walau sedikit pun. Ertinya kemasukan Ezam Soros ke dalam UMNO tiada sebab musabab yang kukuh dan jauh sekali atas dasar syariat Islam.

Jangan takut wahai Ezam, kalau kamu tidak bersalah nescaya Allah SWT tidak akan menurunkan bala ke atas kamu. Saya lakukan ini supaya perangai Ezam ini tidak diikuti oleh generasi masa depan.

Wallahualam bissawab

Tulang Besi
 
http://kedahlanie.blogspot.com/
read more...

Blogger Cucumatkilau Akan Buat Laporan Polis Di IPD Kuantan Hari Ini

KUANTAN, 29 April [7.00 am] - Satu laporan polis akan dibuat terhadap pihak yang telah mengeluarkan laporan perubatan Saiful Bukhari Azlan yang kini mencetuskan kontroversi tentang kes liwatnya itu. Laporan dijangka akan dibuat oleh Mohd Shukri Mohd Ramli yang juga dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau (foto) di IPD Kuantan hari ini. Beliau yang juga merupakan Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat"Laporan polis tersebut terpaksa dibuat sususalan dua laporan perubatan yang telah dikeluarkan oleh Hospital Pusrawi dan Hospital Kuala Lumpur terhadap Saiful baru-baru ini. Rakyat semakin keliru dengan kes liwat yang sedang dihadapinya dan amat bersimpati dengan nasib yang menimpa anak muda itu. Oleh kerana kes tersebut sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi, maka unsur-unsur yang boleh menjatuhkan serta mencemarkan imej mangsa haruslah diambil perhatian serius. Setahun yang lalu rakyat dikejutkan dengan pendedahan laporan perubatan oleh seorang doktor dari Hospital Pusrawi yang dikatakan memeriksa Saiful sebelum beliau membuat laporan polis. Namun terbaru, satu lagi laporan perubatan "sulit" telah didedahkan oleh tiga orang doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL). Maka dengan dua pendedahan ini, ia jelas sekali bertujuan tidak baik dan sengaja ingin mengganggu prosiding mahkamah yang sedang berlangsung. Ini jelas satu pengkhianatan dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak terbabit terhadap Saiful dalam kes liwat yang sedang dihadapinya" kata Cucumatkilau. Justeru itu beliau yang sebelum ini pernah disiasat polis berhubung dengan artikel panas yang dikeluarkan oleh Pahang Daily Online tentang "penyakit misteri" Saiful berhharap pihak polis dapat melakukan satu siasatan yang telus dan adil terhadap kes ini. Malah katanya, tindakan Saiful dan peguamnya berdiam diri dengan laporan perubatan yang didedahkan itu amatlah tidak sepatutnya berlaku. Tambahan pula ia menyebabkan rakyat tertanya-tanya dan bertambah keliru dengan kes yang cukup sensasi ini. (MTR), berkata


http://pahangdaily.blogspot.com/
read more...