Wednesday, April 28, 2010

Lagi penerbit TV dakwa campurtangan politik

Lagi penerbit TV dakwa campurtangan politik
Apr 28, 10 4:58pm
Seorang lagi penerbit televisyen - kali ini darrpada TV2, RTM mendakwa campur tangan politik dalam penerbitan dokumentarinya berhubung laporan empangan Bakun.

Rencana itu didakwa diarah tidak disiarkan kerana bimbang akan memberi kesan kepada peluang Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerusi parlimen Sibu pada pilihan raya kecil 18 Mei ini.

Dalam rencana di blognya, penerbit dokumentari itu, Chou Z Lam, mendedahkan rancangan itu diarah tidak disiarkan oleh Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya.

"Pengarah berita RTM, Datuk Jumaat Engson berkata dokumentari itu ditarik balik kerana ia mempunyai elemen yang sensitif yang mungkin memudaratkan BN pada pilihan raya kecil Sibu akan datang dan juga pilihan raya negeri Sarawak,” kata Chou.

Chou se
baliknya dimaklumkan bahawa dokumentari itu akan ke udara 'pada masa yang sesuai'.

Dakwaan Chou (kanan) itu timbul kurang seminggu selepas penerbit ntv7, Joshua Wong meletakkan jawatanya kerana mendakwa terdapat campur tangan politik yang melampau dengan kerjanya.

Dokumentari sembilan bahagian Chou adalah untuk rancangan "Galeri Mandarin Nasional" di TV2 dan bermula Isnin lalu sehingga 7 Mei menerusi slot waktu 12.20 petang hingga ke 12.30 petang. Dua episod pertama bermula Isnin lalu.

'Rakyat didahulukan' atau 'politik didahulukan'?
Episod seterusnya yang dijadualkan hari ini yang memaparkan impak sosial pembinaan empangan Bakun di kawasan pribumi di Belaga yang terpaksa dipindahkan ke Sungai Asap dan Sungai Koyan pada tahun 1998 dihentikan.

"Ini adalah contoh campur tangan kerajaan dalam berita semasa dan selepas pilihan raya kecil Hulu Selangor,” kata Chou.

"Saya amat bersimpati dengan penduduk di Sungai Asap yang telah saya wawancara berhubung masalah yang mereka utarakan tidak dapat dikongsi bersama majoriti rakyat di timur dan juga barat Malaysia,” katanya.

Chou berkata tindakan itu amat bertentangan dengan gagasan 1Malaysia yang dicanangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menekankan kepentingan rakyat didahulukan.

"Jika pilihan raya kecil Sibu dan pilihan raya Sarawak adalah punca dokumentari itu ditarik balik, RTM sebenarnya melaksanakan 'politik didahulukan',” katanya.

Chou berkata beliau cuba membawa perkara itu ke perhatian timbalan menteri, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Heng Sai Kee agar beliau dapat membantu membatlkan arahan berkenaan.

Namun jawapan yang diberikan oleh pemimpin MCA itu ialah pihaknya tidak akan campurtangan dalam hal ehwal RTM.

Chou juga merayu kepada Ibrahim (kanan) untuk mempertimbangkan semula larangannya itu demi kredibiliti RTM dan kepentingan penduduk pribumi di Sarawak.

Ketika dihubungi Malaysiakini, ketua pengarah penyiaran itu menafikan bahawa beliau yang membuat larangan berkenaan.

“Saya tidak membuat arahan itu...awak sepatutnya tanya kepada Chou,” katanya dengan ringkas.

http://www.malaysiakini.com/bm/




read more...

Ezam Mohd Nor antara empat dilantik senator

Bekas ketua pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd Nor adalah antara empat orang yang akan dilantik sebagai Senator.

Menurut The Star Online, mereka yang lain termasuk timbalan presiden MIC Datuk G Palanivel, pengerusi eksekutif firma Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan presiden Senat, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara, Isnin depan.
Ezam (kiri) juga adalah bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang terkenal kerana pernah mengakui mempunyai enam kotak yang dikatakan mengandungi dokumen mengenai salah laku pemimpin kerajaan.
Dia bagaimanapun kemudian menafikan perkara itu sebaliknya mendakwa kotak itu suatu pembohongan dan dijaja sebagai modal politik sejak 1999 selepas Anwar dipecat daripada Umno dan kerajaan.
Selepas meninggalkan PKR dan menyertai Umno, Ezam berkata dia bukan saja dikutuk kerana meninggalkan perjuangan mereka tetapi juga digelar ahli parti itu sebagai "Ezam Kotak".
Sementara itu, bagi timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel, ura-ura yang beliau akan dilantik sebagai senator bukan lagi rahsia.
Perlantikannya itu dikatakan sebagai menghargai pengorbanannya yang tidak dicalonkan pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor tetapi sebaliknya menyokong calon kompromi, P Kamalanathan.
Selain dilantik sebagai senator, Palanivel juga dijangka akan diberikan jawatan sebagai timbalan menteri.


http://www.malaysiakini.com/bm/
read more...

Hasan Ali buat laporan polis terhadap Zahid, Utusan

Exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini membuat laporan polis terhadap dua pemimpin Umno serta akhbar Utusan Malaysia yang didakwa melempar fitnah terhadapnya.

Dr Hasa
n berkata, beliau membuat laporan polis di bawah seksyen 499 Kanun Keseksaan, untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap ketiga-tiga pihak tersebut.

Beliau membuat laporan itu di ibu pejabat polis daerah Shah Alam pada kira-kira jam 4 petang ini dengan ditemani peguam Mohd Khairuddin Othman.

Dua pemimpin Umno itu ialah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Zainal Abidin Sakom.

Ahmad Zahid sebelum ini dilaporkan Utusan Malaysia sebagai berkata, khutbah yang disampaikan Hasan itu berbaur politik.

"Beliau menuduh saya memberi khutbah berbaur politik, kononnya saya terlupa membaca selawat menyebabkan tidak sah fardhu Jumaat pada hari itu.

"Saya (juga) dituduh menderhakan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor kerana saya tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak yang berkuasa.

"Saya diberitahu, Datuk Zainal Abidin Sakom melalui berita nasional yang disiarkan oleh Klasik Nasional, telah memberi komen yang serupa seperti apa yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," laporan polis itu dipetik.
Dalam laporan itu juga, Dr Hasan mendakwa kenyataan mereka boleh mencetus ketegangan di kalangan masyarakat Islam.

Beliau mendakwa tuduhan itu juga boleh mencemarkan reputasinya sebagai exco hal ehwal Selangor dan pentadbiran baru negeri Selangor yang tegas melaksanakan peraturan surau dan masjid sebagai zon bebas politik.
Sementara itu, ketika bercakap kepada media sebelum membuat laporan polis tersebut, Dr Hasan berkata beliau tidak melanggar apa-apa enakmen mengenai pengembangan agama Islam di Selangor berkaitan khutbah yang disampaikannya itu.

Katanya, beliau sememangnya telah membaca selawat seperti dirukunkan untuk menyampaikan khutbah.

"Ada memang ada (baca selawat). Saya yakin 100 peratus," katanya ketika ditanya.

Tambahnya pegawai JAIS yang membuat pemantauan ke atas khutbahnya itu juga mengesahkan beliau tidak melakukan kesalahan itu.

Jelasnya, beliau berkata demikian berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian.

"Selepas berunding dengan peguam, saya rasa kita patut buat laporan polis untuk ambil tindakan undang-undang ke atas Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan Zainal Abidin Sakom," katanya.

"Pada masa sama, (laporan ke atas Utusan) sebab saya nampak Utusan Malaysia ada unsur putar belit kenyataan," katanya.

"JAIS sudah keluarkan kenyataan, saya nak sebutkan seperti yang dilaporkan Sinar Harian, bertajuk 'Khutbah Hasan Ali bersih dari politik',' katanya sambil menambah beliau berpengalaman 40 tahun membaca khutbah.

"Semenjak dua tahun pentadbiran (Selangor bawah Pakatan Rakyat), tiap-tiap minggu saya akan baca khutbah di seluruh Selangor, kecuali apabila saya berada di luar negara," katanya.

Menjawab soalan, beliau tidak menolak andaian bahawa dakwaan ke atasnya itu berkaitan dengan kempen pilihan raya yang berlangsung di Hulu Selangor.

"Ia berlaku pada peringkat akhir kempen tapi saya tidak boleh katakan ia berkait secara langsung dengan politik. 

http://www.malaysiakini.com/bm/
read more...

Umno tukar calon 'strategi bijak', kata Khalid Samad

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menyifatkan strategi Umno menukar calon baru walaupun dari MIC untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor sebagai satu "strategi yang bijak".

"Calon baru, walaupun dari MIC, memberi gambaran protes 'didengari dan diambil kira'. Bukan semuanya, tetapi sebahagian kecil darinya.

"Kerusi tidak diserah kepada Umno tetapi tidak juga kembali kepada pemimpin MIC yang sama. Orang baru yang lebih muda dan kononnya lebih mampu membawa perubahan.

"Dalam masa yang sama, 'hak' MIC sebagai rakan BN dipertahankan. Undi Melayu dipujuk dengan pertukaran calon, undi masyarakat India dan Cina pula dengan mempertahankan hak parti rakan parti komponen BN," coret Khalid dalam blognya.

Sehubungan itu, kata Khalid, melalui kemenangan ini juga, rayuan dan desakan Umno untuk kerusi parlimen itu diserahkan kepada Umno boleh dianggap "menemui ajalnya".

Khalid mengulas kekalahan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor Ahad lalu di mana calon BN P Kamalanathan menang dengan menewaskan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 1,725 undi.

Kamalanathan yang juga ketua penerangan Pemuda MIC mendapat 24,997 undi manakala Zaid memperolehi 23,272 undi.

Khalid yang juga anggota biro politik PAS berkata strategi Pakatan Rakyat (PR) meletakkan Zaid sebagai calon "tiada salahnya".

"Pencalonan beliau menyebabkan majoriti BN hanya 1,725 dan bukan 6,000 seperti yang sepatutnya.

"Tanpa undi rosak dan undi protes, kecuali sedikit, Datuk Zaid dapat menarik sebahagian dari pengundi yang mengundi BN dulu untuk mengundi PR kali ini. Di beberapa saluran memang tercatit penambahan, bukan pengurangan," katanya.

Khalid juga menegaskan hasil dari keputusan pilihan raya Ahad lalu sepatutnya menyedarkan Pakatan daripada 'dibuai mimpi' bahawa masih banyak lagi penerangan yang perlu dilakukan.

"Masih ramai lagi, lebih-lebih lagi yang di kawasan pendalaman, yang tidak memahami hasrat perjuangan Pakatan dan kekejaman BN.

"Jentera penerangan negeri mestilah dipertingkatkan dan jentera parti mesti turun padang lebih kerap lagi. Kekurangan ini perlu diatasi sebelum tibanya pilihan raya umum ke-13," katanya.

Menurutnya, kekalahan yang diterima oleh Pakatan ada hikmahnya iaitu Pakatan tidak merasa leka dan tidak berpeluk tubuh serta berpuas hati dengan apa yang ada.

"Banyak lagi kerja yang perlu kita lakukan dan banyak lagi kelemahan dalaman dan organisasi yang perlu di atasi bersama," katanya.

http://www.malaysiakini.com/bm/
read more...

Peguam Perancis di KL siasat Scorpene




Joseph Breham, seorang daripada anggota perundangan Perancis yang memfailkan aduan di mahkamah di Paris berhubung skandal pembelian kapal selam kepada kerajaan Malaysia dijangka mendarat di Kuala Lumpur hari ini.

Misi Breham (kanan) adalah untuk mencari maklumat lanjut bagi menyediakan kes berkenaan serta berjumpa dengan pertubuhan hak asasi manusia, Suaram, yang juga adalah anak guamnya dalam kes berkenaan.

Perjanjian pembelian kapal selam yang menelan belanja berbilion dolar itu dimeterai oleh menteri pertahanan ketika itu (2002), Datuk Seri Najib Razak yang kini adalah perdana menteri Malaysia.

Perjanjian itu dikatakan memberi komisyen RM3.7 billion kepada seorang sekutu rapat Najib, Abdul Razak Baginda.

Nilai pembelian itu adalah untuk memperolehi dua kapal selam kelas diesel - yang dibina oleh Armaris, sebuah anak syarikat firma pertahanan gergasi Perancis, DCN (yang dulunya dikenali sebagai Direction des Constructions Navales) dan pemajakan kapal selam ketiga yang sudah bersara yang diusahakan oleh sebuah syarikat usahasama antara DCN dan firma, Sepanyol, Agosta.

Breham, seora
ng daripada tiga peguam yang memfailkan kes berkenaan dengan pihak pendakwaan Perancis bagi pihak Suaram memberitahu Asia Sentinel bahawa mahkamah Perancis telah membuka siasatan awal dan akan menasihatkan anak guamnya berhubung langkah seterus mereka.

Breham, Renaud Semerdjian dan peguam utama, William Bourdon, memfailkan permohonan bagi menyiasat rasuah dan wang umpanan ke atas DCN pertama kali pada Disember dan memfailkan dokumen tambahan pada Februari lalu.

Kes berkenaan menjadi tajuk utama media di Malaysia berikutan pembunuhan ngeri seorang penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pada Oktober 2006 yang juga adalah kekasih Razak Baginda yang mengiringinya ke Perancis berhubung beberapa urusniaga pembelian kapal selam berkenaan.

Alta
ntuya yang juga seorang model dijumpai dalam keadaan berkecai diletupkan dengan bahan peledak milik pihak keselamatan di sebuah hutan di luar Kuala Lumpur.

Dua daripada polis pengawal peribadi Perdana Menteri yang diarahkan menghalang Altantuya oleh ketua staff Najib, Musa Safri telah didapati bersalah oleh makamah dan dijatuhkan hukuman mati.
Namun, Najib, mahupun Musa belum disoal-siasat oleh pihak berkuasa berhubung kes berkenaan.

Walaupun rekod menunjukkan bahawa Najib berada di Perancis pada masa yang sama ketika Altantuya dan Razak Baginda, beliau berulang-kali telah bersumpah kepada Allah bahawa dia tidak mengenali model Mongolia itu.
Sebuah laporan yang difailkan oleh seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh Razak Baginda mendakwa Altantuya adalah kekasih pertama Najib. Selepas Altantuya dibunuh, pihak berkuasa menjumpai sepucuk surat yang mengatakan bahawa wanita itu akan memeras ugut Razak Baginda untuk sejumlah US$500,000, walaupun tujuan wang itu tidak disebut.

Selain kos kapal selam dan juga komisyen yang tinggi, lebih menggemparkan kontrak asal menyebut kapal selam berkenaan tidak mempunyai kelengkapan senjata dan peralatan mengesan. Pihak ketenteraan Malaysia perlu membuat bayaran tambahan €130 juta (RM550 juta) untuk melengkapkan kapal selam itu.

"Adakah ini bermakna, kita membeli besi kosong?" soal seorang pegawai tentera yang tidak mahu dikenali, menerusi email kepada Asia Sentinel.



http://www.malaysiakini.com/bm/
read more...

Zaid fail petisyen cabar pilihan raya



Calon PKR yang tewas, Datuk Zaid Ibrahim akan memfailkan petisyen pilihan raya supaya keputusan kerusi parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu diisytiharkan sebagai tidak sah dan terbatal.

Beliau mendakwa, keputusan itu dibuat selepas mendapati jentera dan kepemimpinan BN mengamalkan rasuah melalui pelbagai janji yang dibuat untuk meraih undi rakyat.

“Dalam keadaan seperti, kami akan memfailkan petisyen pilihan raya sebaik sahaja pasukan perundangan saya bersedia,” katanya pada sidang media di rumhanya.
Dakwanya lagi, pilihan raya kecil itu juga dicemari pembelian undi dan pemindahan pengundi.
Zaid juga berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana didakwa gagal mengendalikan pilihan raya kecil itu dengan adil.

“Mana-mana pengundi di Hulu Selangor yang ingin menawarkan sebarang maklumat yang relevan boleh berbuat demikian di mana-mana pejabat PKR, DAP atau PAS.”

Zaid juga memberitahu beliau akan menyaman akhbar bahasa Melayu, milik Umno - Utusan Malaysia yang melabelkannya sebagai kaki botol.

“Saya bukan kaki botol. Apa yang saya minum adalah tidak lebih daripada apa yang diminum oleh (Dr) Mahathir (Mohamad) dan pemimpin Umno lain,” katanya.
“Suruhanjaya Pilihan Raya sepatutnya tidak membenarkan kempen berniat jahat dan palsu berkenaan.”
Katanya lagi, SPR telah mengabaikan tanggungjawab mereka bagi menjalankan pilihan raya yang adil dan bebas.
"Mereka (SPR) membenarkan ugutan, maklumat palsu dan juga kempen secara tidak adil dan tidak dibenarkan oleh jentera BN. Tiada usaha bagi menghalang mereka," katanya.
Menurut Zaid, beliau jelas bahawa SPR berpihak kepada BN dan mahukan parti itu menang.
SPR juga katanya mesti menjalankan pilihan raya yang setanding dengan peraturan antarabangsa.
Sehubungan itu, Zaid mahu pemantau antarabangsa menghadiri pilihan raya kecil Sibu dan semua pilihan raya di negara ini pada masa hadapan.
"Saya cabar PM (Datuk Seri Najib Razak) jika beliau sebegitu popular seperti yang didakwanya, mengapa beliau takut untuk bertanding pada pilihan raya yang bebas dan adil dengan pembangkang?"
Zaid juga berkata pasukan antarabangsa penyokong Pakatan akan ditubuhkan di London pada Julai ini yang bertujuan mendapatkan sokongan supaya mendesak pilihan raya bebas dan adil dapat dijalankan di negara ini.

http://www.malaysiakini.com/bm/
read more...

Memali: Menteri nafi Musa Hitam arah tembak

Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammuddin Hussein berkata spekulasi bahawa Tun Musa Hitam mengarahkan polis menembak mati dua penduduk semasa peristiwa berdarah Memali di Baling pada 1985 adalah tidak benar.
Ketika itu, Musa (kanan) merupakan timbalan perdana menteri dan juga menteri dalam negeri.
Hishammuddin berkata, pada 19 November 1985, polis menjalankan operasi untuk menangkap Ibrahim Mahmud dan 35 pengikutnya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 kerana disyaki terlibat dalam kegiatan yang menggugat keselamatan negara.
"Semasa operasi tersebut, pihak polis telah diserang oleh pengikut-pengikut Ibrahim Mahmud dengan bersenjatakan senjata api, parang, pedang dan buluh runcing," katanya.
Hishammuddin memberitahu demikian dalam jawapan bertulisnya kepada pertanyaan lisan Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, yang juga naib pengerusi DAP, di Dewan Negara Isnin lalu.
Menurutnya lagi, pihak polis telah menyeru penyokong Ibrahim supaya meletakkan senjata dan menyerah diri secara aman.
'Demi mempertahankan diri dan mematahkan serangan tersebut, pihak polis terpaksa menggunakan senjata api dan melepaskan tembakan," tambahnya.

Peristiwa
tersebut, kata Hishammuddin telah mengorbankan empat anggota polis dan 14 orang awam termasuk Ibrahim manakala 23 anggota polis dan 14 orang awam mengalami kecederaan.Selepas tragedi berdarah kira-kira 25 tahun lalu itu, Musa sentiasa dikaitkan dengan arahan menembak penduduk kampung tersebut memandangkan beliau menjadi menteri dalam negeri pada ketika itu.
Beliau juga pada masa itu memangku tugas perdana menteri ketika Tun Dr Mahathir Mohamad berada di luar negara.

http://www.malaysiakini.com/bm/
read more...

Kes Dr Asri ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam

Mahkamah Tinggi Syariah hari ini memerintahkan supaya kes bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang didakwah mengajar agama Islam tanpa tauliah dipindah dan dibicara di Shah Alam.

Hakim Syarie Mohamad Adib Husain Adib memutuskan perkara itu selepas menerima permohonan semakan oleh pihak pendakwaan serta membatalkan keputusan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur yang sebelum ini menolak agar kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam.

Pada 18 Nov tahun lalu, Mohd Asri, 38, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur terhadap pertuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah di sebuah kediaman di Lorong 2 C, Taman Sri Ukay, Ampang, antara 8.10 malam dan 9.45 malam 1 Nov lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 yang membawa hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

http://www.malaysiakini.com/bm/
read more...

SPRM rayu keputusan bebas 2 bekas exco Perak

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan merayu keputusan Mahkamah Sesyen Ipoh yang telah membebaskan dua bekas ahli Exco kerajaan Perak bersama tiga individu lain daripada tuduhan rasuah Jumaat lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed, berkata bahagian perundangan dan pendakwaan akan menfail notis itu tidak lama lagi.

"Prosesnya belum selesai lagi sehingga mahkamah membuat keputusan di peringkat tertinggi barulah perkara itu diputuskan," katanya.

Abu Kassim berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan laporan tahunan SPRM kepada Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.

Dua bekas ahli Exco terbabit ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering, Kapten (B) Mohd Osman Jailu, 59, dan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, 54.

Kedua-dua mereka telah meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil Bebas.

Tiga lagi tertuduh yang dibebaskan ialah bekas Adun Bota, Kapten (B) Usaili Alias, 58, bekas Ahli Majlis Daerah Perak Tengah yang juga peniaga, Zul Hassan, 48, dan kontraktor, Fairul Azrim Ismail, 32.

Semu
a mereka menghadapi 16 tuduhan rasuah berkaitan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh dalam keputusannya berkata, keputusan itu dibuat kerana pihak pendakwa telah gagal membuktikan kes prima facie.

Sementara itu, Abu Kassim berkata SPRM telah menerima beberapa laporan mengenai dakwaan rasuah di pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor dan akan menyiasat.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut tentang butiran laporan yang diterima itu.

Terdahulu di majlis itu, Abu Kassim berkata laporan tahunan SPRM setebal 105 muka surat itu antara lain mengandungi kandungan perjalanan segala aktiviti SPRM sepanjang tahun lalu.

Turut diserahkan 12 muka surat ulasan oleh Lembaga Penasihat SPRM mengenai laporan tahunan itu.

Mohd Radzi berkata, jawatankuasanya perlu meneliti kandungan tersebut bagi menyediakan laporan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang akan membentangkannya di Parlimen.

http://www.malaysiakini.com/bm/
read more...

MB Kedah: Mohd Nasir tak perlu mohon ampun

Ahli dewan undangan negeri (Adun) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa, daripada Pas tidak perlu memohon ampun kepada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung soalan beliau pada persidangan dewan itu Isnin lalu yang didakwa mempersoalkan kuasa baginda sebagai ketua agama Islam Kedah.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata maksud sebenar soalan Mohd Nasir adalah mengenai kuasa raja yang tidak dihormati dan bukannya mempertikaikan kuasa raja sebagai ketua agama.

"Yang timbul isu itu sebab wakil rakyat Barisan Nasionl tak faham," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Alor Star hari ini.

Azizan berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan dengan Tuanku Abdul Halim semasa beliau menghadap baginda pada majlis perasmian Merdeka Beach Resort di Pantai Merdeka pagi semalam.

"Tak payah jelaskan kepada Tuanku sebab baginda dah faham dan semalam pun saya hubungi pula setiausaha sulit Tuanku dan depa (beliau) kata, abaikan saja," katanya.

Dua hari lalu, persidangan menjadi panas apabila Mohd Nasir mengajukan soalan yang dianggap oleh Adun Barisan Nasional sebagai mempertikai kuasa Sultan Kedah dan ini memaksa Speaker Datuk Abdul Isa Ismail membuat keputusan dua soalan itu tidak perlu dijawab.

Mohd Nasir bertanya sejauh manakah bidang kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri dihormati oleh Kerajaan Pusat dan setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan Kerajaan Negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam.

Berikutan itu, Persatuan Kerabat DiRaja Kedah menuntut Mohd Nasir memohon ampun kepada Sultan Kedah dan memintanya menarik balik soalannya itu secara rasmi dalam persidangan Dewan.

http://www.malaysiakini.com/bm/
read more...