Friday, April 23, 2010

JANJI LIDAH TIDAK BERTULANG PM 1MALAYSIA


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhEjG7qhC-mMf9iMDbMYZ-1Aaa9Ni2Zqd6BKxv6oNNkIfF-ZFBZ0IlaToKIYK5VPxTYv35MJokN7JUYT1WDigILrppFat2IRzbEajXy01NSJQ7zs79hvWFwiXQc3-P8PyItRI8N35M9nEkB/s1600/2010-04-24_104557.jpg

Kalau dunia tidak kiamat pada hari Ahad ini 25 April 2010 bersamaan 8 Jamadilawal 1431 pasti PRK P094 Hulu Selangor berjalan seperti dijadual oleh SPR. Perjalanan pengundian bermula 8 pagi disemua saloran peti undi mula dibuka menanti pengundi sejumlah 64,500 dan tamat masa mengundi, ditutup jam 5 petang. Berkemungkinan bilangan keluar mengundi akan sampai tahap 81% berjumlah 52,245 akan keluar mengundi. Dalam PRU12 8 Mac 2009 dahulu, BN-MIC bukan UMno-BN telah kecundang P094 Hulu Selangor ini kepada calun PR dari PKR yang meninggal dunia baru-baru ini.

Fenomina badan bebas SURUHANJAYA PILIHANRAYA - SPR, ditengok kulitnya macam bebas, terkongkong dari kekangan dan kongkongan, hakikat dan realitinya SPR mempunyai taukeh besar mereka iaitu komponan parti BN bersekali dengan pemimpin BN yang menjawat bercawat dimacam-macam sektor perkhidmatan politik dan kerajaan. SPR berperanan diatas papan catur dan padang ragbi untuk memastikan BN mesti menang dalam PRU dan PRK pada nama dulu kini dan selama-lamanya dengan mendapat kerjasama dan usahasama dari PDRM, Mahkamah SPRM dan banyak lagi.

Kesemua Pengerusi SPR yang dilantik mukanya cap keris, perutnya cap dacing bergayut dengan ehsan UMno-BN untuk membalas budi diatas perlantikkan mereka. Sekiranya pemimpin UMno-BN berdehem, Pengerusi SPR dan SPR akan berak, kadang-kadang berak dijamban, selalaunya SPR berak ditengah jalan dan dipintu pejabat. Walau pun Pengerusi dan Timbalan Pengerusi dan anggota SPR junjung 10 Tan Al Quraan diatas kepala, atau masuk sekalipun kedalam Kaabah Baitullah menafikan mereka tidak berniat menjadi anjing suruhan dan anjing buruan kepada UMno-BN BN - MIC dalam kerja-kerja lanun terancang memindahkan lebih 13,000 pengundi berdaftar ketempat baru tanpa izin pengundi, apa nama kerja-kerja haramjadah ini kalau fokasnya 1Tujuan untuk menangkan BN.

1Matlamat sahaja iaitu untuk jalan pintas memenangkan parti 1Malaysia yang menjadi taukeh SPR sejak sebelum merdeka sampai sekarang. SPR merancang, Allah Maha Perancang, ingatlah itu SPR dan BN-MIC. Ingatlah jangan sampai selepas PRK P094 Hulu Selangor ini, rakyat membuat penilaian dan memutuskan hukuman bersepadu sendiri taraf SPR dibawah taraf JKKK atau tinggi sedikit dari itu perkhidmatan mereka dan kerja mereka macam rakyat menilai tengok macam PATI di Pasar Borong Selayang. SPR bekerja bertuhankan kepada UMno beraja kepada BN itulah SPR terkini selayaknya diperagakan kepada SPR.

Sejarah telah diukir dan dipahat bahawa PM dan antan PM4 terpaksa terjun ke hulu Selangor, kerana menyedari kekalahan MIC-BN kian hampir. Kuat dan sepadunya BN dan bala tentera pekerja PRK itu, sekadar dikaca TV dan media perdana. Hakikatnya terpaksa PM6 yang baru balik dari USA dan Jepun hari Khamis siang dan malamnya DS NTR terpaksa menjejak kakinya membuka langkah sumbang, dengan menabur janji. Sedangkan janji pilihanraya ini telah lebih 50 tahun sejak Perikatan mai kepada BN bukan sekadar tabor tetapi peroi janji macam peroi beras bagi makan kumpulan burung merpati, jinak-jinak merpati, tanyalah Bung Mukhtar MP Kinabatangan bagaimana cara-cara memikat.

Janji yang dilafazkan semasa kempen pilihanraya berjalan, ianya adalah rasuah. Rasuah, penganjur dan penerima, kedua-duanya masuk negara. Pengundi yang berugama Islam dan pengundi yang memiliki jati diri mengerti bahana dan kesan rasuah ini kepada negara. Itulah janji dan wadah yang diperoi dan ditabor oleh PM kepada pengundi-pengundi Hulu Selangor sekarang sebagai olea-olea dari USA dan Jepun, Mashaallah. Rasuah adalah santapan warisan yang menghidupkan BN dulu, dan sekarang. Terhentinya rasuah, bererti BN-UMno-MIC-MCA dan komponan BN yang lain tidak ada umph dan keupayaan untuk menjalankan, pentadbiran pengurusan jentera pilihanraya mereka. Suburnya rasuah dikalangan pemimpin, ahli dan penyokong BN itulah diantara tali-tali hayat yang UMno-BN mepusakainya.

Dalam siaran berita saya mendengar DS Najib berkata kira-kira, “Saya berjanji sebagai Ketua Kerajaan 1Malaysia setiap janji yang dibuat oleh BN semasa kempen PRK P094, saya akan tunaikan semua janji-janji tersebut selepas PRK ini”. Puui mak! Bagaimana janji-janji di PRK yang sebelum ini? Macamana 50 tahun janji rakyat masih papa kedana pemimpin BN lah yang meliana, auata janji ni. Mana ada dalam dunia ini apalagi janji lidah tidak bertukang berlapis lagi bercabang 100% janji yang menelan belanja bilion ringgit nak dicurah dan peroi di Hulu Selangor saja? Auta lah ini janji pelawak sengoti. Tak taula kalau-kalaulah peruntukkan PM dapat sedekah dari Obama dan PM Jepun.

Janganlah janji sampai menjadi pelawak dan pembohong. Jangan telajak janji, nanti kalah lagi rakyat tolak MIC bersekali UMno-BN. Meloya dan temuntah dengar janji-janji. Kalau dah berasa kira-kira kita ok !Malaysia dah diterima sekelian rakyat, kenapa amalan rasuah projek dan macam-macam rasuah PM dan BN pupularkan kepada rakyat dan pengundi?

Pemimpin PKR yang menjadi petualang kepada perjuangan, yakinlah sementara saja anda diberi minyak atar. Jangan mimpilah nak jadi calun Dun atau Parlimen di PRU13 nanti, lu caya la dekat gua. Semua petualang akan menjadi katak dan terompah untuk ketandas alat alas untuk tunai hajat kencing dan berak.

Saya yakin, ramai pengundi Melayu keciwa dengan sikap pondan pemimpin UMno Selangor dan UMno Hulu Langat, yang berkokok berdegar-degar; ekor bergelomang tahi sahaja dalam perjuangan. Belum gelanggang dibuka UMno Selangor khususnya UMno Hulu Slangor palu gong, tiup serungai, tibai gendang, pakai baju Melayu bertanjak, bertengkolok bersampin bersisip keris bogel hunus kelangit kali ini PRK Hulu Selangor, UMno menuntuk hak menjadi calun.

Sebaik gelanggang dibuka anu-anu masuk keperut keris terjunam keperut macam itik nila kena gelek gerek, terkapar-kapar mengelepar. Mati, semuanya terhenti. Gong tidak berbunyi, serunai tidak berlagu. Itulah heronya UMno dalam medan berdepan perjuangan dan hak, mulanya panas macam rendang buah berancan Cina. Penakut macam tikus keturi tengok kucing jalang. UMno sekadar gempar keling, macam minta sisik dekat ayam belanda.

23 April 2010 - Jumaat - 8 jamadilawal 1431
Rencana oleh: Ibn Abdullah Al Awab
 
http://kedahlanie.blogspot.com/2010/04/janji-lidah-tidak-bertulang-pm.html
read more...

Nik Aziz dilihat penyelamat Zaid Ibrahim

Setelah diserang bertalu-talu oleh BN sepanjang tempoh kempen, Datuk Zaid Ibrahim kini berpeluang untuk melonjakkan kembali popularitinya di kalangan pengundi Melayu.

Penyelamatnya itu
hadir dalam bentuk, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang berkempen secara aktif selama dua hari bermula semalam.

Pengarah penyelidikan PAS pusat, Wan Abdul Rahman Wan Ab Latif berkata Nik Abdul Aziz diperlukan dalam kempen kali ini bagi menjawab serangan peribadi ke atas Zaid.

"Tok Guru (Nik Abdul Aziz) akan temui pengundi dan beritahu Datuk Zaid sudah bertaubat.

"(Zaid) sudah tidak buat lagi perkara-perkara itu. Dia akan beri hujah-hujah balas," katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, Nik Abdul Aziz dijangka mengupas kisah Khalid Al-Walid, seorang pejuang Islam ketika zaman Nabi Muhammad.

"Sebelum masuk Islam, (Khalid) minum arak, melakukan maksiat dan sebagainya.

"Tapi bila dia masuk Islam, dia komited dengan perjuangan Islam," katanya.

W
an Abdul Rahman juga yakin isu Zaid yang dikatakan sebagai 'kaki botol' dan juga 'kaki judi' itu akan kembali memberi kesan kepada BN.

"(Nik Abdul Aziz) akan kata itu Zaid buat semasa dalam BN. Sememangnya itulah budaya dalam BN. Sekarang dia sudah keluar BN, sudah bertaubat," katanya lagi.

Ketika ditanya, beliau menjelaskan bahawa Nik Abdul Aziz tetap popular di Selangor, walau lebih dikenali sebagai pemimpin Kelantan.

"Dia dikenali bukan saja di Malaysia tapi di peringkat antarabangsa juga," katanya dan menjelaskan Nik Abdul Aziz telah menerima beberapa anugerah kehormat daripada beberapa buah negara Islam.

Sebaik pulang daripada mengerjakan umrah, petang semalam, Nik Aziz terus berkejar ke Hulu Selangor bagi membantu memenangkan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim meskipun kesihatannya dilaporkan tidak begitu baik.
Nik Aziz uzur

Sementara itu, tvselangor.com memetik ulama berkenaan secara terbuka mengajak pengundi Hulu Selangor merentasi semua kaum dan agama supaya mengajar kebongkakan dan kesombongan Umno.

Pada kempen yang dihadiri ribuan masyarakat setempat, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan datang dengan bertongkat dan duduk berucap berikutan keuzuran kesihatannya.

Kehadiran
tokoh agama ini disambut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Zaid Ibrahim.

Nik Aziz juga mendedahkan Umno sanggup berbaik-baik dengan sesiapapun ketika dalam kesusahan, dalam kesempitan tapi sebaliknya mudah berlaku khianat apabila kembali mengumpul kekuasaan.

Bagi beliau, perbuatan Umno ini tidak boleh dimaafkan.

"Umno karut, rasuah dan sebagainya. Teruskan kemenangan yang ada. Kita ajar Umno supaya tidak sombong," katanya.

Dalam konteks Hulu Selangor, Nik Aziz berpesan tiada cara lain untuk menyedarkan pimpinan Umno selain memenangkan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

"Saya tidak dapat berucap lebih lama tapi pesan saya, semua sekali mesti undi calon Pakatan Rakyat," katanya disambut tepukan gemuruh. 

http://www.malaysiakini.com/news/130077
read more...

PM dicabar hadir debat perdana malam ini

Naib Presiden PKR Azmin Ali mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini, sekali gus mengesahkan ura-ura program tersebut yang diiklankan melalui kain rentang di pelbagai tempat.

“Malam esok (24 April) debat Datuk Seri Anwar dan Najib, permit polis sudah dapat. Kalau tidak berani bagi Rosmah (Mansor ganti),” cabar Azmin dalam ceramah perdana Pakatan Rakyat di Sungai Buaya malam semalam.

Katanya, Najib dipersilakan hadir dengan membawa penyokongnya di stadium mini Kuala Kubu Bharu bagi berhujah tetang kewajaran kerajaan melantik Apco Worldwide sebagai firma perunding kepada kerajaan Malaysia.

Semalam, dilaporkan beberapa kain rentang dipasang mendakwa Najib akan menyertai debat perdana dengan Anwar di Kuala Kubu Baru pada jam 9 malam ini.

Hebahan media mengenai program kempen calon PKR Datuk Zaid Ibrahim pula menunjukkan Anwar, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Zaid akan juga hadir pada ceramah di situ.

Bagaimanapun, seorang pegawai pejabat perdana menteri dilaporkan menafikan Najib akan menyertai majlis debat itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR ketika ditemui pada ceramah yang sama di Sungai Buaya berkata, walaupun tiada sebarang surat rasmi dihantar bagi menyatakan cabaran itu, ia sudah cukup untuk “berkomunikasi” dengan Najib.

“Saya percaya Najib pun tidak masuk pejabat sekarang,” katanya ketika ditanya tentang cabaran yang hanya dibuat melalui pentas ceramah dan kain rentang sahaja
read more...

PAS ada bukti hubungan Malaysia-Israel

PAS melahirkan kekesalannya berhubung tindakan kerajaan Malaysia yang didakwa mempromosikan Israel dan produk perdagangan mereka melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Menurut Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad, part itu mendapat maklumat dan beberapa bukti bergambar mengenai perpustakaan MITI yang menyediakan khas untuk bahan bacaan, majalah dan informasi perdagangan rejim Israel.

“Perpustakaan di tingkat 11 ini terbuka bukan sahaja kepada kakitangan tetapi kepada orang ramai terutamanya ahli perniagaan Malaysia untuk rujukan. Oleh itu tindakan MITI ini sekaligus dianggap sebagai satu usaha mempromosikan perdagangan dan industri Israel dalam negara,” katanya kepada Malaysiakini menerusi email.

Menurut Idris, antara yang boleh ditemui di perpustakaan berkenaan adalah majalah Israel-Asia Trade, Israel Review, buku Advantage Israel, Trade Policies Review (Israel), Advance Technology From Israel, Opportunity Israel, The Economics of Israel, Douanes (Buku kod tarif perdagangan Israel) dan beberapa lagi.

“Ini bertentangan dengan dasar kerajaan yang sebelum ini tidak mengiktiraf negara berkenaan.

“Malah dalam senarai garis panduan Kementerian Dalam Negeri (KDN) ada disebutkan bahawa sebarang iklan atau bahan dari negara Israel atau yang berkaitan adalah diharamkan di negara ini termasuk dalam bentuk majalah atau buku,” katanya.

Idris berkata pihaknya hairan, bagaimana buku dan majalah berkenaan boleh masuk ke negara ini sedangkan selama ini menteri yang bertanggngjawab mendakwa di Dewan Rakyat bahawa mereka langsung tidak ada hubungan dengan rejim Yahudi berkenaan.

“Berkali-kali ahli parlimen tanya tentang hubungan perdagangan Malaysia-Israel tetapi MITI menafikan di parlimen,” katanya lagi.
Rak Khas

Katanya, kehadiran rak khas untuk bahan-bahan dari Israel itu membongkar kesangsian rakyat selama ini terhadap dasar kerajaan yang pada tahun 1994 yang meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel.

“PAS juga difahamkan bahawa MITI secara rahsia sebenarnya membenarkan urusan import-eksport ke negara itu dan segala urusan hendaklah dibuat terus kepada Bahagian Kawalan Import Eksport yang mana setiap permohonan akan ditimbang oleh satu jawatankuasa khas,” ujarnya.

Menurut Idris, perkara berkenaan disahkan oleh Menteri Perdagangan dan Industri Israel dalam majalah Israel-Asia Trade terbitan bulan Mac 2006.
Menteri Yahudi itu juga dilaporkan begitu gembira dengan cadangan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan menterinya , Datuk Seri Rafidah Aziz yang berminat untuk mengadakan hubungan perdagangan dengan rejim Israel.

“Nampaknya hingga ke hari ini Kerajaan Malaysia yang dipimpin BN masih lagi bermain kayu tiga dengan Israel di belakang rakyat.

“Jika Mahathir membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantunya merangka strategi pilihanraya umum 1986, Najib hari ini mengunakan Apco Worldwide untuk persediaan Pilihanraya ke-13.

“Dan Mukhriz pula diletakan di MITI sebagai timbalan menteri bagi melindungi rahsia kepimpinan ayahnya yang begitu banyak bergantung harap dengan kepakaran Israel.,” ujarnya.

Menurut Idris, PAS yakin, lebih banyak maklumat sulit mengenai hubungan perdagangan Malaysia-Israel serta lawatan sulit pemimpin negara disembunyikan oleh kerajaan. 

http://www.malaysiakini.com/news/130087
read more...

Gambar Beng Hock 'menghantui' SPR

Kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor yang berlangsung ini agak rancak dengan karenah pelbagai pihak yang menggantung pelbagi poster yang mencuri tumpuan.

Antaranya, sehelai kain rentang gergasi yang memaparkan gambar bekas setiausaha politik seorang exco kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock yang didapati mati ketika berada dalam tahanan semasa siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM).

Kain rentang berukuran 22 X 12 khaki itu memaparkan gambar Teoh yang tersenyum dengan tertera perkataan “Keadilan untuk Beng Hock” dan diletakkan di jalan utama menuju Batang kali.

Selain itu, ia juga tertera perkataan Cina yang menggesa supaya mereka yang mengakibatkan kematiannya dihukum.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga mengadakan satu upacara perkabungan ringkas dengan lebih 50 orang terbabit memberikan penghormatan kepada Beng Hock mengikut tradisi kepercayaan Cina.

Kenderaan yang lalu lalang kemudiannya kelihatan membunyikan hon mereka sebagai menyokong usaha mencari keadilan untuk Beng Hock.

Bagaimanapun kehadiran kain rentang gergasi itu tidak disenangi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mengarahkannya diturunkan.

Sekumpulan petugas SPR yang diketuai oleh Saiful Rizza mengarahkan kain itu diturunkan.
Kumpulan berkenaan kemudiannya menuntut penjelasan mengenai arahan itu.
Saiful Rizza memberitahu beliau mendapat arahan rasmi daripada Pegawai Daerah, Nor Hisham Ahmad Dahlan untuk menurunkan gambar berkenaan.
Ketua penerangan pemuda PKR, Lee Khai Loon berkata beliau tidak faham mengapa kain rentang itu tidak dibenarkan sedangkan ia, kain rentang yang sama digunakan semasa pengkebumian Beng Hock.
Mereka kemudian meminta untuk bercakap dengan Nor Hisham untuk mendapatkan pengesahan sendiri tetapi Saiful gagal memberikan nombor telefon pegawai daerah berkenaan.
Penduduk bagaimanapun akur dan menurunkan kain itu.
Suasana tiba-tiba menjadi kecoh apabila rakan-rakan Saiful bertindak mahu merampas kain rentang gergasi yang sedang dilipat oleh beberapa penduduk tempatan terbabit.
Melihat kejadian itu, Khai Loon sekali lagi tampil mempersoal kewajaran mereka mahu merampas gambar Beng Hock.

“Mengapa takut dengan gambar Beng Hock? Kawan saya ini sudah mati dibunuh.”

“Kenapa perlu takut dengannya? ” beliau bertanya sambil diperhatikan oleh sekumpulan anggota polis yang turut berada di lokasi berkenaan.

Saiful menjelaskan kain rentang itu ada unsur-unsur provokasi serta ia tiada kaitan dengan calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, iaitu Datuk Zaid Ibrahim dari Pakatan Rakyat dan P Kamalanathan yang mewakili BN.

Khai Loon yang tidak berpuas hati berkata mereka bukan berkempen tetapi hanya tidak mahu Beng Hock dilupakan, lagipun gambar mendiang Beng Hock hanya satu saja yang dinaikkan.

Hujahnya lagi, gambar Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh didapati di sepanjang jalan di Hulu Selangor, walaupun kedua-dua pemimpin BN itu tidak bertanding di kerusi parlimen berkenaan.

Saiful bersama empat pegawai yang lain kemudiannya membatalkan niat mereka untuk merampas kain rentang gergasi tersebut dan meninggalkan tempat kejadian.

Menurut seorang penduduk, Yap Ah Peng, 56 yang turut cuba menghalang kain rentang itu diturunkan tidak ada sebab pihak berkuasa perlu gusar dengan kehadiran sehelai kain.

“Ini orang Cina punya agama, kalau satu orang sudah mati, dia punya semangat tidak boleh dikenang.”

“Maka, orang awam tidak boleh ganggu dia sebab itu kita sudah memberi amaran kepada dia supaya jangan turun gambar yang kita naikkan,” katanya.

Bagi seorang lagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ah San,g tulisan Cina pada gambar gergasi Beng Hock itu langsung tidak berunsur provokasi.

“Tulisan itu adalah 'Berilah keadilan kepada Teoh Beng Hock' dan 'Siapa dia pembunuh sebenar mendiang Teoh',” katanya ujarnya. 

http://www.malaysiakini.com/news/130076
read more...

Anak Ghafar Baba di pentas Anwar

Ramai yang terkejut dengan kehadiran anak bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba ke pentas PKR bersama ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim malam semalam.

Dalam ceramah perdana Pakatan Rakyat di Felda Sungai Buaya, Tamrin, anak tokoh besar Umno itu tidak berceramah, sebaliknya duduk di atas pentas bersama pemimpin lain gabungan pembangkang.

Bagaimanapun, kehadirannya dilihat cuba digunakan sepenuhnya oleh Pakatan apabila Anwar sendiri memperkenal dan memuji kehadiran Tamrin bagi “bersama-sama” mereka dalam ucapannya.

“Ini kawan lama waktu kami dalam Umno dulu... waktu (dalam Umno) dulu-dulu,” katanya kepada lebih 5,000 pengunjung dalam ceramah di kawasan kubu kuat BN.

Tamrin yang kemudiannya bangun dan tunduk sedikit kepada penyokong Pakatan mendapat tepukan bergemuruh.

Bapa beliau, Tun Ghafar – yang mendapat jolokan 'ahli Umno yang setia' - sebelum ini pernah pernah mempunyai hubungan yang 'tegang' dengan Anwar apabila dicabar pengasas Angkatan Beliau Islam Malaysia (Abim) itu bagi merebut kerusi timbalan presiden Umno lama dahulu.

Ghafar yang mempunya rekod tanpa kalah – sama ada dalam pilihan raya atau pemilihan parti – bagaimanapun menarik diri apabila Anwar yang mendominasi pencalonan bertanding yang jauh melebihinya.

Tamparan balas

Turut berceramah malam semalam ialah Naib Presiden PKR Azmin Ali, Setiausaha Agung Saifudddin Nasution.

Musryidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang turun pertama kali ke Hulu Selangor malam semalam bagaimanapun gagal turut serta, difahamkan disebabkan keletihan.

Sementara itu, Saifuddin berkata, ketika terdapat segelintir pemimpin PKR yang melompat, kehadiran Tamrin mampu memberikan tamparan balas kepada BN.

“Kehadirannya malam ini membawa satu mesej, di sebalik tindakan keluar parti daripada beberapa pemimpin sebelum ini,” katanya ketika ditemui pemberita ceramah selepas tamatnya ceramah tengah malam tadi.

Menjawab soalan, ahi parlimen Machang itu berkata, kehadiran Tamrin tidak dirancang, sebaliknya ia merupakan hasratnya sendiri.

“Kamu boleh tengok sendiri. Dia datang sendiri, dia balik pun sendiri. Tiada yang ambil, tiada yang hantar. Tiada sebarang sambutan bunga manggar,” jelas Saifuddin.

Bergegas pulang

Ditanya sama ada Tamrin telah menyertai parti, setiausaha agung PKR itu berkata, perkara itu hanyalah “formaliti semata-mata”.

“Saya belum semak rekod di pejabat (setiausaha agung),” katanya.

Usaha pemberita mendapatkan ulasan Tamrin selepas ceramah bagaimanapun gagal apabila beliau terus bergegas pulang selepas tamat ceramah.

Dalam ceramah tersebut juga, bekas ahli parlimen Sungai Besi daripada MCA Farn Seong Than (dipilih pada 1974) turut hadir menyatakan sokongan.

Terdapat juga penyerahan borang keahlian daripada 20 ahli jawatankuasa Pemuda Umno Telok Kemang, Bagan Pinang.

Bercakap kepada pemberita, Farn berkata keluar daripada MCA kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan baru parti Cina itu selepas Datuk SeriDr Chua Soi Lek dipilih sebagai presiden yang baru.

http://www.malaysiakini.com/news/130079
read more...

Benda lucu setiap kali pilihan raya

oleh - Abd Jalil Ali

Setiap kali ada pilihan raya kecil, kita melihat beberapa kelucuan. Adat orang berkempen, terutama dalam pilihan raya kecil, kalau boleh hendak didedahkan apa sahaja keburukan calon atau parti lawan – termasuk hal-hal dalam kain, dalam kelambu, hatta dalam seluar dalam – yang bersifat amat peribadi.

Walaupun peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membenarkan serangan peribadi ke atas mana-mana calon, pentas ceramah sepanjang kempen akan dihangatkan dengan sindiran, cemuhan dan maki-hamun terhadap batang tubuh calon.

Malah, sebahagian besar yang datang mendengar ceramah memang mengharapkan ada benda-benda dalam kain yang akan disingkap dan didedahkan. Mereka akan bertepuk tangan, bersorak, dan menjerit berapi-api. Soal betul atau tidak apa yang didedahkan, itu belakang kira!

Kalau kita perhatikan serangan demi serangan dalam kempen, kita melihat satu drama yang amat lucu. Setiap pihak mahu menuduh lawannya tidak betul, padahal pihak yang menuduh tahu dia sendiri pun tidak betul. Mengata dulang paku serpih, mengata orang sendiri yang lebih. Pilihan raya memang penuh kelucuan.

Di Hulu Selangor sejak hari penamaan calon minggu lalu, Datuk Zaid Ibrahim diserang secara peribadi habis-habisan. Semua perangai-perangai tidak baik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menjadi perencah yang digoreng dalam kebanyakan ceramah semasa kempen BN.

Calon PKR itu dikatakan berfikiran liberal, tidak berjiwa Melayu, kaki judi, kaki botol. Walaupun telah dinafikan dan dijelaskan oleh Zaid, benda-benda itu terus dibangkitkan dalam ceramah BN. Apabila Zaid kata dia telah bertaubat dan tidak minum lagi, ada pula yang menghujah apakah taubat Zaid diterima?

Arak dijadikan isu untuk menggambarkan calon PKR itu bukan orang baik. Memang, minum arak ditegah dalam Islam. Orang Melayu yang minum arak boleh dianggap tidak bermoral. Tetapi, ada sekian banyak orang dalam UMNO yang juga pernah – dan sesetengahnya masih – minum arak. Kalau tidak dibangkitkan oleh Lim Kit Siang dalam Parlimen pun orang boleh tahu siapa antara pemimpin UMNO yang kaki botol. Ertinya bukan Zaid seorang yang pernah minum arak.

Sama juga halnya dengan skandal. Ada risalah yang ditaburkan sepanjang tempoh kempen di Hulu Selangor, menunjukkan gambar Exco Selangor, Elizabeth Wong dalam pos yang agak mengghairahkan, di atas sofa dengan tubuh sedikit terbuka. Gambar itu pernah membangkitkan kontroversi kira-kira setahun lalu.

Risalah bergambar Elizabeth itu bertujuan memberitahu pengundi bahawa parti yang diwakili Zahid adalah tidak bersih sebab mengandungi orang yang berskandal seperti Elizabeth. Exco itu dulu telah mengakui beliau memang ada hubungan intim dengan seorang pemuda Melayu. Dalam pilihan raya kisah-kisah lama itu boleh dihidupkan semula untuk membangkitkan ‘ummph’ kempen.

Pada hal kalau hendak sebut skandal, apa bezanya Elizabeth dengan skandal orang lain dalam parti komponen BN? Apakah video seks Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak lebih teruk daripada gambar Elizabeth di atas sofa itu? Rakyat Malaysia yang melihat video itu boleh berpeluh dingin sambil menelan liur. Sama seperti Exco Selangor, bekas Menteri Kesihatan yang kini Presiden MCA itu juga pernah mengaku bahawa beliau ialah lelaki dalam video seks itu.

Apakah skandal hanya menjadi satu yang menjijikkan apabila dilakukan oleh Elizabeth, tetapi dianggap sebagai biasa sahaja jika yang melakukannya adalah seorang bekas menteri? Pilihan raya atau tidak, seks tetap seks! Orang PKR pun boleh mengedarkan risalah mengandungi gambar lucah pemimpin BN.

Satu lagi kelucuan yang biasa terjadi setiap kali pilihan raya ialah pada hari penamaan calon ada ramai yang datang untuk turut bertanding atas tiket bebas. Parti mendapati mereka tidak layak untuk dicalonkan tetapi mereka pula merasakan sudah cukup kuat untuk bertanding, kalau tidak menang pun boleh kacau undi.

Lucunya ialah apabila telah diisytiharkan sebagai calon, mereka mengumumkan pula untuk menarik diri. Biasalah, kalau tidak ditanya wartawan pun orang-orang ini akan berkata benda yang sama: “Saya menarik diri atas kerelaan, tanpa sebarang desakan daripada mana-mana pihak.” Dan diikuti satu lagi kenyataan stereotaip yang paling lucu: “Saya tidak dibeli, dan tidak menerima apa-apa habuan!” Kenapa perlu sebut itu?

Ada lagi kenyataan yang amat biasa setiap kali pilihan raya, termasuk di Hulu Selangor. Kata-kata dengan wajah sempoi di depan kamera TV itu lebih kurang begini bunyinya: “Saya telah bosan dengan pucuk pimpinan parti. Saya tidak sanggup lagi untuk digula-gulakan oleh pemimpin yang hanya mementingkan peribadi!”

Itu adalah kata-kata stereotaip lagi lucu daripada mereka yang meninggalkan setiap kali ada pilihan raya. Mereka sengaja memilih keluar parti musim pilihan raya, sebab pasti gambar boleh masuk TV dan surat khabar. Boleh popular sekelip mata, walaupun hanya sementara. Kerap juga mereka mengulangi kata-kata keramat yang stereotaip itu: “Saya tidak dibeli!”

SUMBER:
http://kedahlanie.blogspot.com/2010/04/benda-lucu-setiap-kali-pilihan-raya.html
read more...

Anwar Musuh Utama UMNO dan Perdana Menteri

 

Kerajaan UMNO-BN pimpinan Najib Tun Razak akan menggunakan apa jua ruang yang ada untuk “menyerang" keperibadian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau adalah musuh politik utama UMNO dan Perdana menteri .
Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu Said Zahari berkata, Umno tidak akan melepaskan peluang menggunakan seluruh kekuatan media dan institusi kawalannya untuk memburukan Anwar.
Malah UMNO menggunakan pilihanraya Hulu Selangor bukan untuk menangani isu-isu setempat tetapi untuk mencantas Anwar dalam apa cara sekali pun.
Anwar menjadi sasaran poster-poster dan risalah yang mengaibkan di pilihanraya kecil Hulu Selangor.
Hari ini Utusan Malaysia milik Umno melabelkan Anwar sebagai boneka Israel pula selepas beliau mendedahkan kerajaan UMNO-BN mengupah syarikat Zionis Apco serta polis menggunakan khidmat pakar-pakar Zionis untuk merombak sistem keselamatannya.
Akibat pendedahan itu yang dibuat lemgkap dengan dokumen, Umno membawa usul supaya Parlimen mengenakan tindakan displin terhadap Anwar.
Beliau boleh digantung dari Dewan Rakyat susulan daripada usul yang di bawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz.
“ Musuh politik yang pertama kepada pemerintahan Najib sekarang ini ialah Anwar. Biapun PKR sekarang ini menghadap macam-macam isu, dia punya MP cabut, letak jawatan, lompat dan sebagainya, tapi Anwar merupakan ahli politik nombor satu kepada pentadbiran Najib sekarang" kata Said.
"Pada pandangan saya, Barisan Nasional sekarang mencari apa juga alasan untuk memburu Anwar dan ini masanya untuk mereka kerana sekarang sedang berjalan kempen pilihanraya kecil" tambah beliau lagi.
Said, berkata usaha berterusan UMNO dan Najib membunuh kredibiliti Anwar berpaksi kepada keinginan UMNO untuk terus berpaut kepada kuasa.
“ Apa yang saya lihatlah, memang mereka punya target ialah Anwar sebab kerajaan sekarang, Najib melihat musuh politik yang besar kepada pemerintah kepada pentadbiran Najib ialah Anwar. Jadi apa-apa juga isu yang boleh mencemarkan Anwar sekarang ini, apa lagi kalau boleh menjatuhkan Anwar, mereka akan gunakan” tambahnya lagi.
Said berkata pengundi di Hulu Selangor tidak harus terperangkap dengan taktik umno menyerang anwar bagi menutup kegagalan parti itu untuk menunaikan janji-janji membangunkan kawasan itu
“Isu-isu setempat mereka tidak besar-besarkan, pembangunan di kawasan setempat, di konstitusi itu mereka tidak timbulkan. Tetapi timbulkan isu yang seperti ini, apa ertinya?
"Mereka menggunakan tempoh berkempen ini untuk kepentingan politik mereka, parti besar menentang Anwar. Sebab isu-isu dan pada masa-masa lain, susah hendak digunakan untuk menentang Anwar” ulas beliau lagi.
http://kedahlanie.blogspot.com/2010/04/anwar-musuh-utama-umno-dan-perdana.html
read more...

Nik Aziz menegur tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

"Siapa ajar tak boleh cakap politik dalam masjid. Allah memerintah manusia dengan keadilan. Keadilan ada urusan politik, dibaca dalam al-Quran, dalam masjid," katanya sambil membaca sepotong ayat al-Quran.

"Allahu Akbar, kita azan, ini politik. Mengajak orang ramai pergi ke masjid, ini politik... Ini kerja-kerja saki baki ajaran penjajah barat yang mengasingkan ajaran agama dan politik... Ini adalah ajaran karut yang ditinggalkan oleh Inggeris yang diterima oleh manusia Muslim. (Saya) rasa dukacita," katanya.

sumber dari malaysiakini.com/bm
read more...

Nik Aziz: Serangan peribadi 'kerja bodoh'

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan menyerang peribadi calon PKR Datuk Zaid Ibrahim sebagai perbuatan "orang yang tidak ada modal" untuk berkempen dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Mursyidul am PAS itu menyifatkannya sebagai satu "kerja bodoh dan kebudak-budakan".

"Calon ini (Zaid adalah) calon parti, Kalau Umno ada modal, serang parti lah, jangan serang tubuh (peribadi individu). Ini kerja bodoh, ini kerja budak-budak.

"Ini calon parti. Parti A dan Parti B. Parti A lawan Parti B. Parti B lawan parti A. Jangan serang peribadi.

"Macam budak budak kecil lah, kalau dia boleh bertumbuk, dia bertumbuk. Kalau tak boleh bertumbuk, dia jebeh (menjelir lidah), dia meludah. Itu semata-mata nak lepas geram, tanda dia tak boleh jawab," katanya sambil menjelir lidahnya sedikit menyebabkan kira-kira 50 wartawan termasuk hadirin ketawa.

Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung perbuatan menyerang peribadi Zaid yang didakwa seorang peminum arak tegar dan berjudi, dalam kempen pilihan raya.

"Ini satu perkara yg memalukan. Memalukan politik Malaysia," katanya di Kuala Kubu Baharu malam ini.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Zaid, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pemimpin DAP Lim Kit Siangdan naib presiden PKR Azmin Ali.

Dalam sidang media yang sama juga, Nik Aziz turut menempelak Jabatan Agama Islam (JAIS) yang melarang pemimpin politik berceramah di masjid untuk kepentingan politik.

"Siapa ajar tak boleh cakap politik dalam masjid. Allah memerintah manusia dengan keadilan. Keadilan ada urusan politik, dibaca dalam al-Quran, dalam masjid," katanya sambil membaca sepotong ayat al-Quran.

"Allahu Akbar, kita azan, ini politik. Mengajak orang ramai pergi ke masjid, ini politik... Ini kerja-kerja saki baki ajaran penjajah barat yang mengasingkan ajaran agama dan politik... Ini adalah ajaran karut yang ditinggalkan oleh Inggeris yang diterima oleh manusia Muslim. (Saya) rasa dukacita," katanya.

Dalam sidang media yang sama, Zaid yang juga bekas menteri kabinet menjelaskan bahawa beliau amat menghormati kealiman dan ketinggian ilmuan menteri besar Kelantan itu.

Menurutnya, beliau amat terharu apabila Nik Aziz menelefonnya sebanyak dua kali dari Mekah, memintanya bersabar ketika berdepan dengan serangan peribadi terhadapnya di Hulu Selangor.

sumber dari malaysiakini.com/bm
read more...

Hulu Selangor: Pakatan Rakyat boleh menang tipis

Berdasarkan pengalaman Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh Ogos 2008, strategi kempen yang menyerang peribadi calon parti KeADILan, DS Anwar Ibrahim ternyata memakan tuan. Barisan Nasional telah kalah teruk, dengan ketinggalan sebanyak 16,127 undi. Antara isu utama yang digunakan menyerang peribadi Anwar ialah isu liwat Saiful, pengkhianat Negara, agen Yahudi dan menggunakan bekas orang kanannya, Ezam menghentam Anwar dalam segenap penjuru.

Pun begitu, kesemua strategi Barisan Nasional itu dilakukan dalam lingkungan medan tempur parlimen Permatang Pauh adalah kubu kuat Pakatan Rakyat, terutama di DUN Permatang Pasir yang juga kubu kuat PAS.

Begitu pula, dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor, pihak Barisan Nasional tetap menggunakan strategi kempen yang sama dengan Permatang Pauh, iaitu menyerang peribadi calon terhadap Datuk Mohd Zaid Ibrahim dari Pakatan Rakyat. Antara isu utama yang digunakan menyerang Zaid ialah isu minum arak, berjudi dan bukan anak tempatan. Di samping menggunakan juga isu agama dengan mempertikaikan amalan beragama Zaid yang disabitkan dengan penolakan hudud dan pemikiran liberalnya.

Namun, senario tempatan antara Hulu Selangor dengan Permatang Pauh. Bila mana Hulu Selangor adalah kubu Barisan Nasional. Meskipun begitu, kubu itu pernah robek pada pilihan raya umum 2008 lalu.

Sehubungan itu, berdasarkan pemerhatian dan penelitian terhadap strategi kempen kedua-dua belah pihak, maka ada dua jangkaan keputusan yang boleh dipaparkan. Pertama kekalahan tipis dan satu lagi kemenangan tipis untuk Pakatan Rakyat.

Berpandukan prestasi Pakatan rakyat pada pilihan raya lepas (lihat jadual 1), modal undi parlimen Pakatan Rakyat hanya 23,177. Daripada jumlah ini 3,285 disumbangkan oleh undi peribadi calon. Ini kerana modal undi Pakatan Rakyat di DUN-DUN hanya 20,108 sahaja.
Jadual 1

Berdasarkan gambaran sokongan kalangan pengundi mengikut kaum, pada pilihan raya umum 2008 Pakatan Rakyat mendapat kira-kiranya Melayu 46 peratus, Cina 70 peratus, India 34 peratus dan pengundi Asli 25 peratus.

Jika pecahan sokongan antara kaum ini berkekalan maka Pakatan Rakyat akan mencapai kekalahan tipis seperti gambaran analisis data berikut (jadual 2).
Jadual 2

Andaian keluar 75 peratus dengan mendapat sokongan pengundi Melayu 45 peratus, pengundi Cina 75 peratus, pengundi India 35 peratus dan

sokongan pengundi Asli 25 peratus. Maka Pakatan Rakyat akan mencapai kemenangan tipis seperti analisis keputusan yang berikut (jadual 3):
Jadual 3


Walau bagaimanapun, kesemuannya bergantung kepada kempen saat akhir pada 24 April. Hanya Tuahan Yang Esa sahaja yang maha menentukan. Manusia sekadar berusaha dan bertawakal.

Wan Nik Yusof
Setpol MB Kelantan



SUMBER DARI 
http://misabah.blogspot.com/2010/04/hulu-selangor-pakatan-rakyat-boleh.html
read more...

KEJAYAAN KERAJAN PR SELANGOR, SEPANJANG 2 TAHUN.

BN terus menggunakan isu peribadi bagi memburukkan calon lawan mereka. BN sudah kehabisan modal untuk menangkis serangan PR di Hulu Selangor.

2 tahun PR memerintah negeri Selangor, sudah membuktikan keupayaannya memerintah dengan baik berbanding 50 tahun BN perintah Selangor.

Pencapaian terbaik kerajaan PR Selangor selama 2 tahun memerintah Selangor dapat dilihat berdasarkan program-program kebajikan kepada rakyat. Antaranya :-

1. Pemberian 20 meter padu pertama air secara percuma
2. Tabung Warisan Anak Selangor
3. Skim Mesra Usia Emas
4. Hadiah dermasiswa kepada anak-anak Selangor yang masuk IPT
5. Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang
6. Berjaya membawa pelaburan sebanyak RM 6.76 billion pada tahun 2009 (pelaburan kedua tertinggi di Malaysia)
7. Menaikkan elaun guru-guru KAFA RM 1000 sebulan.
8. Berjaya menyiapkan dan menyerahkan 5,655 unit rumah yang terbengkalai semasa BN memerintah.
9. Tiada lagi kontrak runding terus untuk projek-projek kerajaan negeri.
10. Tidak membenarkan Adun & EXCO menganggotai jawatankuasa tender untuk kontrak majlis tempatan.
11. Balai raya dan dewan dibenarkan digunakan oleh semua pihak tanpa mengira fahaman parti, bangsa dan agama.
12. Memberi hak milik tanah kepada 100,00 penduduk di Kuala Selangor dan melanjutkan pajakan 99 tahun kepada 183 keluarga di Sekinchan dengan bayaran hanya RM 1 sekaki persegi.
13. Memperuntukkan dana RM 50 juta untuk skim micro-kredit (al Qardhu Hasan) bagi mengatasi masalah Along.
14. Memperuntukkan RM 20 billion untuk tempoh 10 tahun bagi menaik tarafkan sungai-sungai di Selangor.
15, Mengazetkan 321.7 hejtar hutan Kota Damansara sebagai Hutan Simpan Kekal.
16. Melantik Ahli-ahli Majlis tempatan dari kalangan mereka yang ada berkelayakan dan profesional.
17. Mewujudkan pendengaran Awam SELCAT bagi membuat siasatan terhadap tingkahlaku pentadbiran terdahulu yang menyalahgunakan harta rakyat untuk kepentingan tertentu.

dan banyak lagi.

Tinjauan petugas PR di kampung dan felda-felda Hulu Selangor, petugas UMNO BN telah membohongi rakyat apabila nikmat yang rakyat kecapi melalui program-program seperti pemberian 20 meter padu air percuma, Tabung Warisan Anak Selangor, Skim Mesra Usia Emas, Hadiah dermasiswa kepada pelajar IPT dan sebagainya, para petugas UMNO BN mendakwa itu semua datangnya dari kerajaan UMNO BN.

Inilah pembohongan yang dilakukan dalam kempen-kempen UMNO BN. UMNO BN semakin terdesak, tidak ada cara lain untuk mengelabui mata rakyat, mereka menyerang peribadi Datuk Zaid Ibrahim yang dituduh sebagai kaki arak, kaki judi, tidak ada pegangan agama, berfahaman liberal, mencabar hukum hudud dan sebagainya.

Apapun masalah peribadi Zaid, itu semua sejarah zaman silamnya sewaktu dalam UMNO. Beliau sendiri secara jujur mengakui sejarah zaman silamnya sewaktu masih bergelumang dalam UMNO BN. UMNO BNlah yang menjadikan ia berakhlak begitu. Kini beliau telah meninggalkan tabiat tersebut, beliau sudah berubah 100%, pemikiran dan aqeedah sudah berubah 100%, akhlaknya juga sudah jauh berbeza berbanding dengan akhlak dan amalan pemimpin UMNO BN yang lain. Beliau sudah bertaubat sejak meninggalkan UMNO BN.

UMNO BN sebenarnya terkejut dengan perubahan 100% Datuk Zaid. Terpaksalah mereka mencari gambar-gambar lama yang diubah suai dengan teknologi yang tinggi sehingga digambarkan Zaid peminum arak yang tegar, dicari semua kenyataan-kenyataan zaman silamnya terhadap Islam dan sebagainya. UMNO BN tidak berupaya berbuat demikian, rakyat menolak kempen terburuk UMNO BN ini, mereka mencari isu lain pula. UMNO mengakui Zaid sudah bertaubat dan berubah, persoalan yang UMNO bangkitkan sekarang adakah taubat Zaid diterima Allah.

Itu kita tidak tahu, kita menghukum dan menilai pada yang zahir sahaja. Soal taubatnya diterima atau tidak oleh Allah, bukan kerja kita sebagai manusia untuk menilainya. Tidak akan ada di kalangan malaikat mahu memberitahu kita bahawa taubat Zaid telah diterima oleh Allah swt.

Sekurang-kurangnya Zaid seorang yang jujur, mengakui sejarah silamnya. Dia bukan malaikat atau manusia yang sempurna sebagaimana para nabi dan rasul. Para sahabat Rasulullah saw. sekalipun ada zaman silamnya. Saidina Umar Al Khattab r.an, semua orang tahu kehidupan zaman jahiliyahnya bagaimana, setelah beliau menerima Islam, beliau menjadi salah seorang sahabat yang terbaik taqwanya yang akhirnya dipilih menjadi Khalifah yang kedua selepas Abu Bakar Assiddiq r.an.

Begitulah Zaid Ibrahim. Semua orang tahu sejarah silamnya. UMNO lagi tahu dari orang lain sejarah silam Zaid. UMNO jugalah yang mendokong Zaid ketika itu. Sekarang Zaid tidak lagi Zaid sebagaimana dalam UMNO. Dia menentang hudud ketika dalam UMNO, beliau mengakui UMNOlah yang menjadi penyebab mengapa beliau menentang hudud. Beliau telahpun menarik balik sikapnya dulu sebagai penentang hudud. UMNO menerima Zaid di ketika Zaid berakhkak buruk sebagaimana yang UMNO sendiri dedahkan, kini PAS, PKR dan DAP menerima Zaid setelah Zaid meninggalkan semua amalan buruknya dulu sewaktu dalam UMNO. PAS turut bangga mempunyai pemimpin dalam PR yang sudah bertaubat.

UMNO BN kata Zaid tidak layak menjadi Ahli Parlimen untuk rakyat Hulu Selangor kerana Zaid telah ditolak oleh rakyat Kelantan, bodohnya mentaliti pemimpin UMNO BN yang bercakap demikian. Rakyat Kelantan tolak Zaid dalam pilihanraya 2008 kerana Zaid ketika itu UMNO. Sekarang kalau Zaid bertanding atas tiket PR sudah pasti rakyat Kelantan akan terima beliau. Zaid bertanding di Hulu Selangor bukan sebagai ahli UMNO, tetapi sebagai ahli PKR. Tidak ada sebab pengundi Hulu Selangor tolak Zaid hanya kerana Zaid ditolak oleh rakyat Kelantan. Zaid banyak kelebihan berbanding dengan calon BN, beliau ada pengalaman sebagai Menteri dan juga peguam. Suara beliau sangat diperlukan di Parlimen bagi menyuarakan masalah rakyat, kemampuan sebagai ahli undang-undang juga melayakkan beliau menjadi Ahli Parlimen yang baik bagi membahaskan isu-isu yang berkaitan dengan undang-undang dan hak asasi.

Rakyat Hulu Selangor diseru menggunakan akal dan hati budi yang waras bagi menentukan masa depan yang lebih baik menerusi undi mereka dengan memilih Datuk Zaid sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor.
read more...

PKR yakin dapat sokongan majoriti pengundi Cina

PKR yakin tidak menghadapi masalah untuk mendapat sokongan majoriti pengundi Cina yang merupakan 26.3 peratus daripada 64,500 pengundi di Hulu Selangor dalam pilihan raya kecil parlimen tersebut Ahad ini.

Hulu Selangor mempunyai 16,964 pengundi Cina, manakala pengundi Melayu berjumlah 34,020 atau 52.74 peratus, manakala pengundi India berjumlah12,453 pengundi atau 19.31 peratus.

Menurut petugas PKR, calon mereka Datuk Zaid Ibrahim mendapat sokongan majoriti pengundi Cina sepanjang kempen pilihan raya kecil setakat ini.

Berikutan itu, menurut mereka lagi, jentera PKR dan Pakatan Rakyat kini menumpu dan menggiatkan kempen bagi meraih sokongan pengundi Melayu dan India terutama di gugusan Felda, estet serta sekitar Hulu Bernam.

Terdapat empat gugusan Felda di Hulu Bernam - Felda Soeharto, Felda Gedangsa, Felda Sungai Tengi dan Felda Sungai Tengi Selatan - yang majoritinya didiami pengundi Melayu.

Sementara itu, tinjauan Malaysiakini di kalangan pengundi pula mendapati mereka berpendapat Zaid dan P Kamalanathan dari BN, bersaing sengit dan peluang untuk memang adalah 50-50.

"Kalau kalah pun, kalah tipis, kalau menang pun, menang tipis. Tak ada yang menang majoriti," kata seorang pengundi yang juga peniaga yang mahu dikenali sebagai Ali.

Ketika ditemui di premis perniagaannya, Ali menjangka majoriti pengundi India di Kuala Kubu Baharu akan memberikan sokongan kepada PKR kerana mereka dikatakan tidak senang dengan kepimpinan MIC di situ.

Katanya, ini berdasarkan rungutan para pelanggannya yang mahukan calon yang terbaik dan mesra rakyat yang kerap turun bertemu dan menyelami masalah rakyat.

Manakala seorang lagi pengundi yang mahu dikenali sebagai Ravi pula sependapat dengan Ali bahawa pilihan raya kecil itu menyaksikan persaingan hebat antara BN dan PKR.

Dalam pilihan raya umum 2008, calon BN Datuk G Palanivel tewas kepada calon PKR Datuk Zainal Abidin Ahmad, dengan majoriti tipis 198 undi.

Bagaimanapun, ketiga-tiga kerusi DUN - Hulu Bernam, Kuala Kubu Baharu dan Batang Kali - dimenangi oleh BN.

sumber dari malaysiakini.com/bm
read more...

Polis jamin keselamatan pengundi

Polis hari ini memberi jaminan keselamatan kepada 64,500 pengundi di Hulu Selangor yang akan keluar mengundi pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor, Ahad ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata pengundi tidak perlu takut untuk keluar mengundi dan jangan mendengar sebarang khabar angin yang boleh mengeruhkan keadaan.

"Tiada apa yang hendak ditakutkan, sebab polis jamin keselamatan pengundi di P094 yang keluar mengundi, jangan dengar khabar angin, jangan ada pihak-pihak yang cuba mengeruhkan keadaan, timbulkan suasana tegang," katanya pada sidang akhbar di Kuala Kubu Baru di Hulu Selangor.

Khalid berkata polis menggerakkan 1,000 anggotanya bagi mengawal lalu lintas dan menjaga keamanan pada hari pengundian.

Beliau berkata polis juga memantau beberapa individu yang mungkin akan menimbulkan kekecohan pada hari mengundi.

Calon Barisan Nasional (BN), P Kamalanathan ditentang Datuk Zaid Ibrahim dalam pilihan raya kecil ini.

"Kita sudah beri amaran kepada individu ini supaya tidak membuat apa-apa perkara yang menyusahkan pengundi, orang yang timbulkan kekecohan kita akan pantau," katanya.

Khalid berkata polis juga memantau semua masjid di kawasan Hulu Selangor ini yang dijadikan tempat untuk berkempen dalam pilihan raya kecil ini dan setakat ini tiada sebarang laporan polis diterima.

Mengenai demonstrasi yang dikatakan akan diadakan di Masjid Kuala Kubu Baru hari ini, Khalid berkata sehingga saat ini tiada sebarang demonstrasi yang berlaku.

"Tiada demonstrasi seperti yang dirancang, tetapi kita letakkan anggota kita berjaga-jaga di kawasan masjid itu," katanya.

Khalid juga berkata polis telah menahan lima lelaki, dua daripadanya pelajar institusi pengajian tinggi awam yang memiliki dan mengedar risalah politik serta cakera padat video (VCD) tanpa lesen yang mengandungi unsur-unsur hasutan.

"Mereka ditahan di Batang Kali, kita dapati ada bahan-bahan cetak berkenaan di dalam kenderaan mereka, bagaimanapun mereka dilepaskan selepas diambil keterangan," katanya.

Khalid berkata polis sedang menyiasat sama ada mereka dibayar untuk mengedar risalah-risalah politik tersebut.

"Kita sudah ingatkan supaya penuntut institusi pengajian tinggi tidak terlibat dengan sebarang kempen pilihan raya, tetapi mereka ini degil, kita juga sudah maklumkan kepada pihak universiti mereka," katanya.

Dalam pada itu, sehingga kini, polis menerima 134 laporan polis berhubung kesalahan pilihan raya dan telah membuka sebanyak 23 kertas siasatan.

sumber dari malaysiakini.com/bm
read more...

Calon PKR Datuk Zaid Ibrahim Mendahului Sokongan Rakyat

Pahangdaily:Maklumat terkini kedudukan sokongan rakyat dan pengundi berdaftar Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor sekarang ini masih lagi berpihak kepada Pakatan Rakyat 65% dan Barisan Nasional 35%. Jika senario ini terus berkekalan maka harapan untuk melihat Datuk Zaid Ibrahim menewaskan calon BN, P.Kamalanathan dengan majoriti yang lebih besar pasti akan tercapai. Apapun masih ada sehari lagi kempen pilihanraya itu. Seperti biasa ceramah anjuran Pakatan Rakyat senantiasa dibanjiri dengan ribuan rakyat namun ceramah BN hanya beberapa kerat penduduk yang terhegeh-hegeh untuk mendapatkan sumbangan kebajikan yang ditawarkan. Melihat kepada apa yang berlaku, ternyata rakyat amat menghargai segala jasa dan kebajikan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada mereka, biarpun baru dua tahun memerintah negeri ini. Mereka lebih tahu, siapakah sebenarnya yang benar-benar mahu membela nasib rakyat. Malahan, limpahan pembangunan dan projek-projek yang dijanjikan oleh puak-puak UMNO BN itu sebenarnya sengaja untuk memperbodohkan rakyat Hulu Selangor. Walhal, mereka semua masih ingat lagi penghinaan yang dibuat oleh bekas MB Selangor Khir Toyo dulu. Suasana kempen nampaknya semakin agreasif biarpun tidak ada kejadian keganasan dilaporkan berlaku seperti semasa hari pencalonan dulu. Apapun, maklumat terkini akan dilaporkan dari masa ke semasa. Teruskan sokongan anda dan pastikan kebenaran dan keadilan itu ditegakkan !


read more...

PKR capai sasaran sokongan di Felda Hulu S'gor

Tinggal dua hari lagi tarikh pengundian Ahad ini, PKR mendakwa sudah mencapai sokongan yang disasarkan dari pengundi di gugusan Felda Hulu Selangor.

Pegawai penyelaras biro Felda PKR, Suhaimi Said yang mengetuai misi khas memikat kira-kira 7,000 pengundi - kesemuanya di Hulu Bernam - berkata, pihaknya kini sudah mendapat sokongan tambahan lebih daripada 6 peratus.

"Di sini kita 'underdog'. Kebanyakan mereka masih tegar dengan BN. Tetapi sebelum ini, kita dapat 22 peratus sokongan.

"Kita cuma sasar peningkatan 5 hingga 6 peratus. Ini sudah cukup baik," katanya Ketika ditemui di karnival Felda di Felda Sungai Tengi.

Katanya, dengan tenaga 60 petugas khas dari Pahang, PKR hanya perlu terus bertemu dan berkunjung dari rumah ke rumah bagi mengekalkan sokongan.

"Program-program lain seperti karnival ini cuma sampingan," katanya merujuk kepada karnival anjuran sebuah NGO Felda pro-Pakatan.

sumber dari malaysiakini.com/bm
read more...

Nik Aziz dilarang berceramah di masjid Hulu S'gor

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilarang menyampaikan ceramah atau kuliah Maghrib di mana-mana masjid dan surau di Hulu Selangor.

Peng
arah JAIS, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, arahan itu bukan ditujukan kepada menteri besar Kelantan sahaja tetapi mencakupi semua pihak.

Katanya, larangan itu sebagai menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang pengunaan masjid oleh individu-individu berkepentingan politik menggunakan institusi umat Islam itu untuk tujuan berkenaan.

Utusan Malaysia dalam laporannya hari ini memetik Sultan Sharafuddin (kanan, bertali leher belang) menitahkan polis supaya bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan masjid untuk berkempen dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor yang sedang berlangsung sekarang.

Ketua Polis Negeri Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, larangan itu termasuk ceramah politik, penganjuran sebarang perhimpunan atau demonstrasi.

Katanya, pihak polis akan meningkatkan kawalan di semua masjid bagi membendung perkara tersebut daripada berlaku.

Sehubungan dengan larangan itu juga beberapa jadual Mursidul Am PAS hari ini di beberapa masjid di Hulu Selangor terpaksa disusun semula.

Antaranya, Nik Aziz akan berkempen di Assam Kumbang sebelum ke Rasa (9.30pm) dan Batang Kali
(10.30pm).

sumber dari malaysiakini.com/bm
read more...

Nik Aziz restu Zaid, yakin bela Hulu Selangor

Malaysian Insider: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dijangka berada di sini esok untuk membantu berkempen membuat rayuan terbuka meminta pengundi-pengundi Hulu Selangor agar memilih calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim, Ahad ini. Rayuan itu disiarkan dalam Harakah edisi 23-25 April.
“Sebenarnya Allah SWT tidak menerima segala amalan kita, melainkan kita beramal dengan ajaran Islam yang syumul. Menolak perjuangan Umno sudah pasti membebaskan diri kita daripada segala-gala amalan salah.
“Sehubungan itu, saya menyeru dan merayu kepada sekalian pengundi Hulu Selangor yang budiman lagi bijaksana, undilah calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim dari Keadilan,” kata Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.
Rayuan terbuka itu dibuat ketika Zaid berhadapan dengan serangan peribadi sebagai kaki sosial termasuk mengambil arak.
Zaid sudah membuat pengakuan bahawa telah berubah, yang turut ditekankan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
Zaid pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kota Baru, Kelantan dari 2004 hingga 2008.
Nik Aziz berkata, beliau yakin atas pengalamannya selaku bekas ahli parlimen dan anggota Kabinet persekutuan Zaid mampu melaksanakan dan tugas dan tanggungjawab untuk membela harapan rakyat Hulu Selangor.
“Keluarlah mengundi beramai-ramai, dengan hiraukan ugutan Umno-BN,” kata beliau.
Pengundian pilihan raya kecil bahagian Hulu Selangor ini, yang mempunyai lebih 64,000 pengundi akan keluar mengundi Ahad ini pada pilihan raya kecil pertama bagi negeri ini sejak Mac 2008.
read more...

Peneroka taruh harapan kepada Zaid

Harakahdaily: Para peneroka menaruh harapan dan melahirkan keyakinan bahawa calon Pakatan Rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim mampu menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi sekiranya diberi kepercayaan sebagai ahli Parlimen Hulu Selangor.
Berbekalkan pengalaman sebagai peguam yang mempunyai syarikat guaman terbesar di negara ini selain pernah menganggotai kabinet kerajaan Pusat, Zaid berkemampuan untuk mengatasi masalah pemilikan tanah peneroka Felda yang sebahagian lagi belum diselesaikan.
Di samping itu, Zaid juga diharapkan dapat mencari punca dengan sikap pengurusan Felda yang mengenakan bayaran sekitar RM340 hingga RM380 untuk mendapatkan geran sebagaimana yang berlaku di Felda Sungai Tengi peringkat dua.
Musa Anang, 65, (kiri) dari Felda Sungai Tengi mempersoalkan pengurusan Felda mengenakan bayaran kepada peneroka untuk mendapatkan geran hak milik.
“Peneroka di sini dikenakan bayaran untuk mendapatkan geran, kalau tak bayar tak dapat. Tapi di Felda Sungai Tengi peringkat satu dan tiga tidak dikenakan bayaran,” ujarnya yang menjadi peneroka di situ sejak 1972.
Menurutnya, berdasarkan perjanjian asal, tiap-tiap hak milik tanah berkenaan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Sehubungan itu, beliau mempersoalkan tindakan pihak Felda yang menentukan bayaran itu.
Rakannya, Mohd Ali, 65, (kanan) mengakui telah mendapat geran hak milik tanpa sebarang bayaran.
“Perkara ini mesti dijelaskan oleh pihak Felda,” ujarnya yang tinggal di peringkat satu sejak 1973.
Baginya, rakan-rakan di peringkat dua yang membayar untuk mendapatkan hak milik itu mungkin mempunyai kepentingan tertentu, mislanya untuk mengusahakan tanah berkenaan.
“Tetapi mengapa dikenakan bayaran sedangkan saya pun mendapat hak milik tanpa diminta bayaran,” ujarnya.
Nordin Saari, 49, (kiri) pula berharap Zaid dapat memainkan peranan supaya bayaran yang dikenakan oleh Felda kepada para peneroka terbabit dikembalikan semula.
Baginya, sekiranya calon Pakatan Rakyat itu diberikan peluang mewakili rakyat termasuk peneroka di Hulu Selangor, perkara itu dapat diketengahkan kepada pihak berkenaan.
“Saya rasa Zaid dapat menyelesaikan masalah ini, kami nak balik bayaran kami,” ujarnya.
Hasrat para peneroka berkenaan adalah selaras dengan tiga agenda perubahan yang ingin dilaksanakan oleh Zaid di Parlimen Hulu Selangor sekiranya dipilih pengundi ke Dewan Rakyat.
Pada satu sidang media beberapa hari lepas, beliau bercadang mengajak kerajaan negeri bertindak campur tangan dalam menghadapi birokrasi Felda, iaitu badan berkanun di bawah Pusat bagi menyelesaikan masalah pemilikan tanah peneroka Felda di kawasan itu.
Zaid bersedia untuk memastikan para peneroka Felda terbabit mendapat hak pemilikan tanah yang sepatutnya diperolehi.
Bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mampu memberi nilai tambah kepada PKR, Pakatan Rakyat Selangor dan kerajaan negeri sendiri.
“Nilai tambah yang perlu dan boleh dilakukan oleh Zaid ini, beliau bukan sahaja boleh membawa isu penafian hak peneroka Felda ke Parlimen, boleh memberitahu kaedah-kaedah dan cara-cara untuk menyelesaikan isu tanah menggunakan jalan perundangan,” jelasnya pada sidang media bersama Zaid itu.
Justeru, berdasarkan pengalaman serta kebolehan calon Pakaran Rakyat itu berbanding calon BN, Kamalanathan, baginya tidak ada sebab bagi rakyat untuk tidak memilih Zaid pada Hari Mengundi, Ahad ini.
read more...