Latest Posts

Friday, April 30, 2010

Gempar: Kemenangan "Penuh Misteri" Calon BN, Kamalanathan Di Hulu Selangor Dengan Majoriti 1,725 Undi Diilhamkan Oleh Pihak SPR Sendiri !!

Kemenangan Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini, nampaknya semakin panas dan menimbulkan kontroversi. Terkini, beratus orang pengundi berdaftar di Hulu Selangor dijangka akan membuat laporan polis di IPD Kuala Kubu Bharu esok (1 Mei). berikutan kekecewaan mereka dengan perjalanan pilihanraya kecil itu baru-baru ini. Antara perkara utama yang akan didedahkan ialah perihal sogokan wang supaya mengundi calon BN, nama dikeluarkan dan dipindahkan dari senarai undi, ada pihak lain yang telah mengundi untuk mereka dan banyak lagi. Belum cukup dengan itu, calon PKR yang tewas iaitu Datuk Zaid Ibrahim juga telah mengeluarkan kenyataan akan memfailkan petisyen agar keputusan pilihanraya kecil itu dibatalkan dan diistisytiharkan tidak sah. Anehnya, Pengerusi SPR Tan Sri Aziz Yusoff (foto) dengan selamba mengherdik tindakan tersebut dengan mengatakan jika SPR tidak telus kenapa Pakatan Rakyat menang dalam tujuh pilihanraya kecil yang terdahulu, sedangkan BN hanya menang tiga kerusi sahaja setakat ini. Kenyataan Aziz SPR ini agak mengelirukan dan seolah-olah mengiyakan lagi yang beliau telah mencaturkan kemenangan BN di Hulu Selangor baru-baru ini. Tindakan beliau jelas melambangkan betapa dangkalnya mentaliti pengerusi SPR yang sepatutnya berkecuali dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan. Aziz seolah-olah menjadi jurucakap UMNO BN dalam usaha untuk mengesahkan sesuatu yang telah diketahui penuh dengan penyelewengan itu. Baginya SPR bersikap telus dan adil kerana Pakatan Rakyat menang tujuh pilihanraya kecil. Sedangkan, dalam kemenangan itu juga ia dipenuhi dengan berbagai tipu helah dan penipuan yang sudah diatur oleh SPR, JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) dan UMNO BN itu sendiri. Sungguh malang kita mempunyai seorang pemimpin seperti ini yang ditugaskan mengendalikan pilihanaraya di dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini sejak sekian lamanya.

SPR Ilhamkan Kemenangan Majoriti 1,725 BN


Percaya atau tidak itulah hakikatnya, mungkin ia hanya satu mistik dan telahan semata-mata. Namun, terbukti kemenangan majoriti 1,725 calon BN itu kemungkinan besar diilhamkan oleh puak-pauk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sendiri. Buktinya, cuba lihat pada tarikh "Hari Pencalonan" pilihanraya kecil Hulu Selangor baru-baru ini. SPR menetapkan hari Sabtu (17 April 2010). Manakala tarikh "Hari Pembuangan Undi" pula ditetapkan pada hari Ahad (25 April 2010).
Jika dilihat sekali lalu mungkin ramai yang tidak perasan akan perkara ini. Mungkin inilah dia bukti jelas bahawa kemenangan BN dengan majoriti 1,725 itu diambil daripada tarikh "17 April" dan "25 April" maknanya nombor yang terjadi ialah 1+7+2+5 = 1,725. Sama ada ia secara kebetulan atau pun kenyataan, segalanya telah terjawab kini. Malah, kemenangan calon BN itu sah sebanyak 1,725. Apakah ini semua satu petanda yang SPR telah memainkan peranan untuk mengilhamkan kemenangan BN itu.

http://pahangdaily.blogspot.com/
read more...

Ketua UMNO suruh MCA keluar BN

MCA didesak keluar BN

KUANTAN – Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman mendesak MCA keluar dari Barisan Nasional (BN) daripada terus menuding jari di atas kegagalan mendapatkan sokongan pengundi Cina di pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu.

Ahmad Tajuddin mendakwa kegagalan MCA meraih sokongan pengundi Cina tidak hanya di Hulu Selangor tetapi pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu juga keadaan sama berlaku.

Menurutnya, pilihan terbaik kepada MCA adalah menarik diri sebagai parti komponen supaya tidak terus membebankan BN dengan kegagalan meraih kepercayaan pengundi Cina.

“Keluarlah dari BN untuk elak daripada terus membebankan parti komponen lain. Jangan menuding jari kepada sesiapa berikutan kegagalan kita sendiri. Sepatutnya mereka mengakui kesilapan bukan menuduh orang lain sebagai penyebab.

“MCA perlu mengaku bahawa mereka tidak lagi diberi kepercayaan daripada kaum Cina. Ia bukan berlaku pada pilihan raya kecil tetapi pada PRU 2008 lalu juga berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan MCA menyalahkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kerana menjadi penyebab kekurangan undi masyarakat Cina pada pilihan raya kecil di Parlimen Hulu Selangor.

“Dakwaan MCA sekadar untuk menutup kegagalan mereka meraih sokongan masyarakat Cina. Pada saya ia tindakan yang tidak bertanggungjawab. MCA gagal meyakinkan masyarakat Cina supaya menyokong calon BN daripada MIC di Hulu Selangor.

“Jika UMNO mampu meyakinkan pengundi Melayu untuk menyokong calon MIC, mengapa MCA tidak boleh?. Jangan mencipta alasan yang tidak bijak untuk menutup salah,” katanya.

http://kedahlanie.blogspot.com/
read more...

MP seru lebih ramai saksi kes Aminulrasyid tampil

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, menyeru lebih ramai saksi kes pelajar - Aminulrasyid Amzah - yang kena tembakan polis, tampil memberikan maklumat berhubung kejadian pada awal pagi Isnin itu.

Katanya, langkah itu dapat membantu polis mendapat gambaran menyeluruh berhubung kejadian tersebut, sekaligus dapat menyelesaikan siasatan mereka dengan segera.

Khalid berkata, mungkin ramai lagi saksi dalam kes tersebut, seperti pelanggan di restoran berdekatan tempat kejadian, tidak tampil ke hadapan kerana merasakan maklumat mereka tidak relevan.

"Saya menyeru dan berharap lebih ramai saksi (pada malam kejadian) dapat tampil menceritakan apa yang berlaku.

"Jangan anggap maklumat yang ada pada mereka, walaupun sedikit, tidak relevan kepada kes tersebut," katanya ketika mengulas laporan polis berhubung kejadian tersebut, yang dibuat oleh seorang jiran arwah malam tadi.

Jiran arwah tersebut - Zafrullah Ahmad Zainal Abidin - yang mendakwa berada di tempat kejadian selepas insiden berlaku, membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam di Seksyen 11 pada jam 10 malam tadi.

Beliau ditemani peguamnya Fadiah Nadwa Fikri dan empat lagi peguam daripada kumpulan peguam Lawyers for Liberty. Khalid turut hadir mengiringinya Zafrullah bagi tujuan itu malam tadi.

Dalam aduannya itu, Zafrullah Ahmad mendakwa melihat keadaan mangsa dan kereta arwah sejurus selepas kereta yang dipandunya terbabas dalam parit di Jalan Makyong, berdekatan dengan rumahnya di Jalan Silat Gayong.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Khalid turut menolak gesaan sesetengah pihak supaya ahli politik tidak membabit diri dalam kontroversiti tersebut.

"Saya rasa apa yang dimakudkannya itu ialah (supaya ia) tidak dipolitikkan. Sebagai ahli parlimen, kejadian menimpa penduduk dalam kawasan saya, mestilah saya turut terlibat," katanya.
Khalid akan akan mengadakan sidang media petang sebagai respons kepada langkah Zafrullah membuat laporan tersebut.
Sementara itu, Fadiah Nadwa memberitahu, anak guamnya tampil membuat laporan tersebut bertujuan membantu siasatan pihak pilis dalam kes tersebut.

"Sebelum ini beliau agak sibuk sedikit, masih belajar. Lagi pun beliau menunggu peguam untuk hadir bersama-sama (membuat laporan polis)," katanya kepada Malaysiakini.

Dalam perkembangan berkaitan, polis hari ini dilaporkan telah menghantar kertas siasatan berhubung kes tersebut kepada timbalan pendakwa raya (DPP) bagi tindakan selanjutnya. 

http://www.malaysiakini.com
read more...

Tipu umrah, syarikat perlancongan 'ghaib'

Hasrat 65 jemaah Langkawi untuk menunaikan umrah ke Mekah tidak kesampaian, apabila sebuah syarikat pelancongan yang beribu pejabat di Sungai Buloh, Selangor yang menawarkan pakej itu didapati 'ghaib'.

Wakil kumpulan jemaah, Zinuddin Mahmud, 48, berkata mereka menyedari ditipu apabila syarikat terbabit gagal menyediakan penerbangan yang dijadual berlepas pukul 3 petang semalam dari Kuala Lumpur seperti yang dijanjikan.

Katanya pelbagai alasan diberi oleh wakil syarikat berikutan dengan penerbangan yang beberapa kali telah ditunda sejak 23 April lepas.

"Semua 65 jemaah Langkawi yang terkandas, telah pulang ke Langkawi malam tadi dan hari ini," katanya di Langkawi hari ini.

Katanya, setiap jemaah itu hanya dikenakan RM2,500 untuk menunaikan umrah manakala baki kos kononnya akan ditaja oleh pihak tertentu.

Zinuddin berkata syarikat berkenaan juga didapati tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan kumpulan terbabit telah membuat laporan polis di Langkawi untuk tindakan lanjut.

- Bernama
read more...

Laporan polis terhadap Nizar

Tiga wakil kaum utama di Selangor hari ini membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerana didakwa menyampaikan ceramah politik yang berbau hasutan semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Beliau didakwa membuat hasutan itu semasa berceramah di hadapan masyarakat Cina di Kg Baru Kalumpang pada 17 April lepas dan kenyataan beliau mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa di dalam ceramah itu telah dijadikan video klip dan tersebar di internet.

Laporan terhadap Mohammad Nizar itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada pukul 1.15 tengah hari tad.
Ia dibuat oleh Pengerusi Majlis Belia Daerah Hulu Selangor Zulkarnain Abu Hanit, Pengerusi Majlis Belia India Malaysia Sg Pelek, M Ramesh dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Kg Baru Seri Dengkil, Chan Meng Foh.

Zulkarnain mendakwa perbuatan menghasut orang Cina di penempatan Cina adalah perbuatan politik yang melampau dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohamad Nizar itu didakwanya berniat jahat.

"Kalau nak menang pun jangan ganggu keharmonian antara kaum di Hulu Selangor. Orang luar bawa kebencian boleh membangkitkan masalah antara masyarakat," dakwanya kepada pemberita.

Ramesh pula berkata beliau tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan Mohammad Nizar dalam ceramah itu kerana ia boleh menimbulkan pergaduhan antara satu bangsa dengan bangsa yang lain.

Chan pula mendakwa kenyataan Mohammad Nizar boleh mengeruhkan hubungan antara kaum dan kerajaan mesti mengambil tindakan tegas.

- Bernama
read more...

Dr M: Pak Lah serah 'blok minyak RM320b' pada Brunei

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menyerahkan kepada Brunei dua blok pengeluaran minyak luar pantai, sebelum bersara awal tahun lalu.

Menurutnya, perkara itu dilaporkan oleh The Edge Financial Daily (22 April) dan Brunei Times di mana kawasan yang kaya simpanan minyak di Laut Cina Selatan - Block L dan Block M - tidak lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Menulis dalam blognya, Dr Mahathir mendakwa jumlah kerugian dalam bentuk perolehan berjumlah AS$100 bilion (RM320 bilion).

Menurutnya, Abdullah telah menyerahkan 'Blok L' dan Blok M' di Laut Cina Selatan, dikatakan sebagai pertukaran dengan Brunei supaya menggugurkan tuntutannya terhadap Limbang, Sarawak.

"Blok L dan Blok M dituntut oleh Malaysia berdasarkan kepada fakta sejarah. Menurutnya, Petronas menandatangani kotrak perkongsian pengeluaran dengan Murphy Oil (Corp) untuk memulakan pengeluaran minyak.Simpanan minyak di kawasan itu adalah hampir 1 bilion tong.

"Abdullah berunding dengan sultan (Brunei) untuk mengambil Limbang di Sarawak. Sebagai balasannya, beliau bersetuju untuk menyerahkan dua blog tersebut kepada Brunei.

"Tidak ada wakil Petronas yang hadir, hanya kakitangan pejabat luar dan pnasihat halehwal luar kepada PM," dakwa Mahathir.



Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menyerahkan kepada Brunei dua blok pengeluaran minyak luar pantai, sebelum bersara awal tahun lalu.

Menurutnya, perkara itu dilaporkan oleh The Edge Financial Daily (22 April) dan Brunei Times di mana kawasan yang kaya simpanan minyak di Laut Cina Selatan - Block L dan Block M - tidak lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Menulis dalam blognya, Dr Mahathir mendakwa jumlah kerugian dalam bentuk perolehan berjumlah AS$100 bilion (RM320 bilion).

Menurutnya, Abdullah telah menyerahkan 'Blok L' dan Blok M' di Laut Cina Selatan, dikatakan sebagai pertukaran dengan Brunei supaya menggugurkan tuntutannya terhadap Limbang, Sarawak.

"Blok L dan Blok M dituntut oleh Malaysia berdasarkan kepada fakta sejarah. Menurutnya, Petronas menandatangani kotrak perkongsian pengeluaran dengan Murphy Oil (Corp) untuk memulakan pengeluaran minyak.Simpanan minyak di kawasan itu adalah hampir 1 bilion tong.

"Abdullah berunding dengan sultan (Brunei) untuk mengambil Limbang di Sarawak. Sebagai balasannya, beliau bersetuju untuk menyerahkan dua blog tersebut kepada Brunei.

"Tidak ada wakil Petronas yang hadir, hanya kakitangan pejabat luar dan pnasihat halehwal luar kepada PM," dakwa Mahathir.



http://www.malaysiakini.com
read more...

M'sia mungkin dipaksa dedah butiran beli Scorpene

Malaysia boleh dipaksa mendedahkan maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan dakwaan kes rasuah membabitkan penjualan dua kapal selam Scorpene oleh syarikat Perancis, DCN.

Joseph Brehem (kanan), salah seorang peguam Perancis yang menyaman DCN bagi pihak NGO hak asasi manusia Suaram, mungkin memohon mendapatkan 'waran geledah antarabangsa' supaya pegawai Malaysia mendedahkan maklumat mengenai imbuhan yang diterima oleh individu-individu tertentu.

Brehem, yang berada di sini selama dua hari untuk mengumpulkan maklumat berhubung kes tersebut berkata, beliau boleh membuat permohonan supaya Perimekar - syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda yang merupakan teman rapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - supaya mendedahkan akaunnya dan menjelaskan baagaimana ia memperolehi Euro114 juta tanpa berbuat apa-apa, tetapi hanya kerja "pentadbiran".

Razak (kiri) dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dalam pembunuhan jurubahasa Mongolian, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

"Sebaik sahaja hakim membuat keputusan, beliau boleh mengeluarkan satu arahan yang dikenali sebagai 'waran geledah antarabangsa' dan waran itu akan dihantar kepada badan kehakiman Malaysia," kata Brehem, dalam satu wawancara eksklusif dengan Malaysiakini di Kuala Lumpur semalam.

"Menurut Konvensyen Korupsi PBB (yang turut diperakui oleh Malaysia sejak 2003), Malaysia wajib bekerjasama dengan Perancis dalam perkara ini," tambahnya.

Brehem berkata, jika Malaysia tidak memenuhi arahan tersebut, maka ia akan membuktikan bahawa kerajaan 'ada sesuatu yang hendak disembunyikan".

Sambil berjenaka, Brehem berkata: "Untuk mencari penyelesaian terhadap kes-kes rasuah, ikut ke mana pergi wangnya."

Menurutnya, keputusan untuk menghanar arahan seumapama itu bergantung sepenuhnya kepada hakim di Perancis.

Bagaimanapun, tambahnya, jika permohonannya itu ditolak, beliaiu akan memfailkan rayuan.

http://www.malaysiakini.com/bm/
read more...

Thursday, April 29, 2010

Nafi 'ultra Melayu', Ibrahim saman Sun, wartawan

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali hari ini memfailkan saman terhadap akhbar berbahasa Inggeris The Sun, ketua pengarang dan wartawan yang didakwa menyiarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya dan Sultan Selangor.
Samannya itu difailkan oleh peguamnya, Datuk Salehudin Saidin di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini.

Ditemui pemberita, Salahudin berkata anak guamnya menuntut gantirugi yang akan ditentukan mahkamah, permohonan maaf secara terbuka dan perintah injuksi bagi melarang pihak tersebut daripada terus menyiarkan berita seumpama itu.

Katanya, akhbar The Sun pada 17 Mac menyiarkan laporan yang didakwa berunsur fitnah bahawa Ibrahim dan PERKASA tidak mendapat perkenan Sultan Selangor bagi merasmikan mesyuarat agung NGO itu pada hujung bulan lalu.

"Tulisan itu juga menggambarkan anak guam saya chauvinis Melayu dan kuat perkauman," katanya.
Selain laporan berita itu, Ibrahim sebelum ini juga pernah mendakwa satu lagi laporan dalam akhbar yang sama, mendakwa Sultan Selangor telah menasihatkan presiden PERKASA itu supaya jangan bersikap melampau.
Dalam laporan tersebut, The Sun memetik sumber-sumber yang menyatakan bahawa Sultan Selangor, Tuanku Sharafuddin Idris Shah tidak komited sama ada baginda akan merasmikan AGM PERKASA selepas menerima mengadap Ibrahim selama 40 minit di Istana Mastika.
AGM PERKASA berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur pada 27 Mac lalu dengan dirasmikan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
'PERKASA lebih semangat'
Sementara itu, Ibrahim yang hadir sama di Mahkamah Tinggi Shah Alam mendakwa akhbar berkenaan mungkin berniat jahat dengan menyiarkan laporan itu memandangkan tiada media lain yang melaporkan berita sebegitu.
Beliau juga mengesyaki terdapat pihak-pihak tertentu di belakang media terbabit yang mahu menggagalkan AGM PERKASA.
"Laporan itu amat serius kerana membabitkan Sultan Selangor dan nama baik PERKASA.

"Kita tak pernah pun bersifat perkauman dan ultra Melayu," katanya.

Ditanya tentang tindakan sesetengah media baru yang didakwa menggambarkan PERKASA sebagai perkauman, Ibrahim menegaskan pihaknya hanya memperjuangkan kepentingan Melayu berdasarkan ruang lingkup perlembagaan negara.

"Dong Ziong, suatu masa Su Qiu juga membuat pelbagai tuntutan kepada kerajaan. Tak ada siapa pula sebut mereka perkauman," katanya.

Justeru tambahnya, label yang diberikan kepada PERKASA tidak adil.

"'Kita tidak tertekan, bahkan kita jadi lebih bersemangat," katanya.

Beberapa pemimpin kanan PERKASA turut hadir menemani Ibrahim memfailkan tuntutan hari ini.


http://www.malaysiakini.com
read more...

Tubuh inkues siasat pembunuhan Aminulrasyid

Inkues di bawah kuasa kehakiman perlu ditubuhkan bagi menyiasat remaja berusia 14 tahun - Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati polis di Seksyen 11, Shah Alam, Isnin lalu.

Presiden, Majlis Peguam Malaysia, Ragunath Kesavan berkata Seksyen 328 Kanun Prosedur Jenayah harus digunakan bagi membolehkan inkues dijalankan setiap kali berlakunya kematian ketika polis menjalankan operasi.

“Mengambilkira kepentingan rakyat, punca kematian sedemikian hendaklah dikendalikan mengikut prosedur mahkamah dan satu inkues di bawah kuasa kehakiman ditubuhkan,” katanya dalam satu kenyataaan media, hari ini.

Katanya, insiden itu amat menggemparkan dan lebih mendukacitakan lagi apabila polis melabel remaja berkenaan sebagai “penjenayah” untuk menepis kelemahan mereka.

“Sikap ini amat mengecewakan dan tidak adil terhadap keluarga mangsa dan tidak ada kaitan dengan pembunuhan remaja tersebut.

“Jumlah kematian yang semakin meningkat akibat ditembak polis menimbulkan prasangka masyarakat bahawa anggota polis amat cuai dan tidak mengikut prosedur ketika menjalankan tugas,” kata Kesavan.

Menurut bel
iau, Majlis Peguam, menyambut baik tindakan pihak berkuasa yang mengklasifikasikan insiden itu sebagai kes bunuh dan penubuhan panel khas yang akan diketuai oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri untuk menyiasatnya.

Kesavan juga menggesa pihak polis dan kerajaan bertindak segera untuk memastikan keadilan ditegakan dan hukuman yang setimpal dikenakan terhadap anggota-anggota yang terbabit.

http://www.malaysiakini.com
read more...

Selangor tak alu pemimpin salah-guna masjid

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini bertitah sesiapa yang tidak bersetuju dengan peraturan larangan berpolitik di masjid dan surau supaya tidak perlu datang ke negeri itu.

Jelas baginda, tujuan larangan masjid daripada digunakan sebagai pentas politik adalah untuk menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadah itu.

"Ini adalah kerana masjid dan surau merupakan tempat umat Islam berkumpul bagi melaksanakan amal ibadat dan mengeratkan silaturahim sesama mereka.

"Sekiranya masjid dan surau dibiarkan sebagai pentas kempen politik adalah dikhuatiri ia akan disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan melakukan perbuatan yang boleh mencemari kesuciannya seperti caci mencaci, fitnah memfitnah, tohmahan yang tidak berasas dan memburukkan keperibadian seseorang," titah baginda ketika merasmikan Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin di Jalan Kota, Klang.

Baginda berititah, jika ingin datang ke Selangor, mereka yang terbabit hendaklah mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

"Jika sekiranya seorang itu tidak bersetuju dengan peraturan yang telah ditetapkan di Selangor ini, maka hendaklah beliau mengelakkan diri daripada datang ke negeri ini."

Sultan Sharafuddin memberikan penjelasan itu memandangkan ada sesetengah ahli politik mempertikaikan titah baginda dan menganggapnya sebagai karut dan peninggalan penjajah.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 23 April lalu menempelak Jabatan Agama Islam (JAIS) yang melarang pemimpin politik berceramah di masjid untuk kepentingan politik.

"Siapa ajar tak boleh cakap politik dalam masjid. Allah memerintah manusia dengan keadilan. Keadilan ada urusan politik, dibaca dalam al-Quran, dalam masjid," katanya sambil membaca sepotong ayat al-Quran.
"Allahu Akbar, kita azan, ini politik. Mengajak orang ramai pergi ke masjid, ini politik... Ini kerja-kerja saki baki ajaran penjajah barat yang mengasingkan ajaran agama dan politik... Ini adalah ajaran karut yang ditinggalkan oleh Inggeris yang diterima oleh manusia Muslim. (Saya) rasa dukacita," katanya.


http://www.malaysiakini.com
read more...