Thursday, April 29, 2010

Blogger Cucumatkilau Akan Buat Laporan Polis Di IPD Kuantan Hari Ini

KUANTAN, 29 April [7.00 am] - Satu laporan polis akan dibuat terhadap pihak yang telah mengeluarkan laporan perubatan Saiful Bukhari Azlan yang kini mencetuskan kontroversi tentang kes liwatnya itu. Laporan dijangka akan dibuat oleh Mohd Shukri Mohd Ramli yang juga dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau (foto) di IPD Kuantan hari ini. Beliau yang juga merupakan Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat"Laporan polis tersebut terpaksa dibuat sususalan dua laporan perubatan yang telah dikeluarkan oleh Hospital Pusrawi dan Hospital Kuala Lumpur terhadap Saiful baru-baru ini. Rakyat semakin keliru dengan kes liwat yang sedang dihadapinya dan amat bersimpati dengan nasib yang menimpa anak muda itu. Oleh kerana kes tersebut sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi, maka unsur-unsur yang boleh menjatuhkan serta mencemarkan imej mangsa haruslah diambil perhatian serius. Setahun yang lalu rakyat dikejutkan dengan pendedahan laporan perubatan oleh seorang doktor dari Hospital Pusrawi yang dikatakan memeriksa Saiful sebelum beliau membuat laporan polis. Namun terbaru, satu lagi laporan perubatan "sulit" telah didedahkan oleh tiga orang doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL). Maka dengan dua pendedahan ini, ia jelas sekali bertujuan tidak baik dan sengaja ingin mengganggu prosiding mahkamah yang sedang berlangsung. Ini jelas satu pengkhianatan dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak terbabit terhadap Saiful dalam kes liwat yang sedang dihadapinya" kata Cucumatkilau. Justeru itu beliau yang sebelum ini pernah disiasat polis berhubung dengan artikel panas yang dikeluarkan oleh Pahang Daily Online tentang "penyakit misteri" Saiful berhharap pihak polis dapat melakukan satu siasatan yang telus dan adil terhadap kes ini. Malah katanya, tindakan Saiful dan peguamnya berdiam diri dengan laporan perubatan yang didedahkan itu amatlah tidak sepatutnya berlaku. Tambahan pula ia menyebabkan rakyat tertanya-tanya dan bertambah keliru dengan kes yang cukup sensasi ini. (MTR), berkata


http://pahangdaily.blogspot.com/
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Blogger Cucumatkilau Akan Buat Laporan Polis Di IPD Kuantan Hari Ini"

Post a Comment