Saturday, April 24, 2010

Muhyiddin Dan Puak UMNO BN Makin Gila Meroyan



Nampaknya disaat-saat akhir tempoh berkempen pilihanraya kecil Hulu Selangor, maka berbagai taktik yang mencurigakan terus dilihat berlaku di sini, terutamanya yang melibatkan puak-puak UMNO Barisan Nasional. Semua ini terpaksa dilakukan demiusaha untuk meraih simpati rakyat kononnya hanya BN yang layak memerintah negara ini, sedangkan rakyat telah tahu bahawa puak-puak BN telah banyak merompak wang rakyat untuk mengembongkan tembolok masing-masing. Kini pemimpin UMNO BN terutamanya "taiko" mereka iaitu Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin (foto) bertambah rakus dan semakin "gila meroyan" untuk menarik pengundi memangkah mereka dalam hari pembuangan undi pilihanraya kecil itu esok. Berdasarkan statistik terkini juga, masih menunjukkan PKR masih mendahului undi popular dengan 57% manakala BN hanya berjaya mendapat 43% setakat ini. Biarpun ada pihak yang meragui statistik ini, namun harus diingat ia disalurkan sendiri oleh SPY Pakatan Rakyat yang berada dalam kem UMNO BN sekarang ini. Paling menarik kini, limpahan projek pembangunan terus dijanjikan kepada pengundi Hulu Selangor dengan syarat mereka memangkah BN. Itu syaratnya, maknanya jika tidak memangkah BN projek akan ditarik balik. Inilah modal yang digunakan oleh mereka sejak dulu, kini dan selamanya. Inilah yang berlaku kepada pengundi di Pilihanraya Kecil Manek Urai dulu.

Mereka dijanjikan jambatan oleh Muhyiddin Yassin kiranya memangkah calon BN. Maka, majoriti penduduk di kawasan terbabit terutamanya yang berdekatan dengan projek yang dicadangkan itu memangkah BN. Namun, takdir penetu segalanya apabila BN tetap kalah dengan majoriti tipis ketika itu. Soalnya, janji Muyiddin mahu membina jambatan jika pengundi memangkah calon BN tetapi bukan bermakna menangkan calon BN. Ini bezanya, maka akhirnya penduduk Manek Urai terus dinafikan hak yang telah dijanjikan. Begitulah juga janji-janji manis pemimpin BN di pilihanraya kecil yang lain. Mereka hanya pandai berjanji tetapi janji yang bersyarat. Kasihan kepada pengundi dan rakyat yang menyokong mereka. Tertipu akhirnya bersama labu-labunya. Kini perkara yang sama berlaku di Hulu Selangor. Rakyat terus dijanjikan dengan berbagai habuan hatta yang tidak pernah mereka impikan langsung selama ini. Apakah ini caranya, BN mendahulukan rakyat agaknya. Bagaimana pula dengan rakyat di kawasan lain yang kini dinafikan hak untuk mendapat kemudahan yang sama. Ternyata, puak-puak UMNO BN hanya menghantar pembangunan ketika musim pilihanraya, selepas menang atau tewas maka kawasan terbabit akan menjadi sepi dan lengang. Malah, segala projek yang dijanjikan akan tinggal kenangan sehinggalah pilihanraya umum akan datang. Begitulah pusingan roda penipuan UMNO BN terhadap rakyat sejak sekian lamanya. Apakah rakyat Hulu Selangor juga akan tertipu pula pada kali ini?

Mundur, Apa Kerja Tiga ADUN BN Hulu Selangor ?

Sungguh melucukan apabila dalam keghairahan mereka berkempen mengatakan kawasan Hulu Selangor mundur dan tiada pembangunan yang dibawa oleh bekas Ahli Parlimen Hulu Selangor , iaitu Allahyarhan Datuk Dr.Zainal Abidin Ahmad maka mereka sebenarnya menempelak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN itu sendiri sebenarnya. Buktinya, ketiga-tiga DUN dalam parlimen Hulu Selangor dimenangi oleh BN iaitu Batang Kali (Mohd Isa Abu Kassim), Hulu Bernam ( Mohamed Idris Abu Bakar) dan Kuala Kubu Bharu (Wong Koon Mun). Makanya, apa kerja yang dibuat oleh ketiga-tiga ADUN BN ini sebenarnya. Rakyat sendiri tahu bahawa mereka menikmati peruntukan yang sewajarnya untuk membangunkan kawasan masing-masing, kerana mereka mewakili Barisan Nasional. Berbeza dengan Ahli Parlimen PKR hany telah dinafikan hak untuk mendapatkan peruntukkan oleh kerajaan UMNO BN itu sendiri. Bagaimana harus wakil rakyat terbabit ingin membawa projek pembangunan, sedangkan semua projek itu dikawal oleh Kerajaan Pusat?. Apakah terlalu bodoh rakyat ingin mempercayai cakap puak-puak UMNO BN bahawa wakil rakyat PKR itu tidak membawa projek pembangunan langsung ke Hulu Selangor?. Oleh itu, tindakan media arus perdana mendedahkan berbagai kemunduran yang berlaku di Hulu Selangor mutakhir ini jelas sekali telah "membuka pekong di dada" sebenarnya. Makanya, terbukti kini bahawa ADUN-ADUN terbabit "goyang kaki" dan tidak membuat apa-apa kerja sejak dua tahun yang lalu. Maka itulah, rakyat perlu bijak menilai apa yang berlaku di Hulu Selangor sekarang. Kepincangan yang ditonjolkan di media arus perdana jelas sekali melambangkan sikap sebenar wakil rakyat mereka sebenarnya.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Muhyiddin Dan Puak UMNO BN Makin Gila Meroyan"

Post a Comment