Katanya, sasaran itu dibuat berdasarkan kepada pencapaian BN di peringkat DUN dalam pilihan raya umum yang lalu.
Ditanya mengapa meletakkan saran tersebut, Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN berkata, beliau tidak perlu terang, sebaliknya menegas supaya memastikan pekerja parti perlu kerja dengan lebih keras.
Muhyiddin menambah, beliau optimis bahawa BN akan dapat mencapai kejayaan kali ini, berdasarkan dua minggu turun di Hulu Selangor.
"Sentimen kebanyakan pengundi pro-BN, saya harap diterjemahkan menjadi satu undi (kepada kita)," katanya dalam sidang media di Ibu pejabat polis Daerah Kuala Kubu Bharu.
"Kita tidak perlu membuat spekulasi, proses pengundi masih berjalan," katanya.
Sementara itu, mengulas kewujudan pondok panas oleh kedua-dua pihak, walaupun dilarang oleh SPR, Muhydin berkata beliau berharap selepas ini SPR dapat mencadangkan garis panduan yang lebih jelas dan spesifik berhubung perkara itu.
Ini kerana katanya jarak antara pusat mengundi dan kawasan penyokong berhimpun sukar untuk ditentukan.
"Saya, kalau tidak ada halangan, saya hendak duduk depan pintu sekolah," katanya.
Bagaimanapun beliau menegaskan bahawa tiada masalah berlaku, walaupun pihak pembangkang dilihat "lebih agresif".
"Dia tak berani turun, dia takut kena boo sebab ada banyak penyokong BN. Tapi kalau saya, saya salam dengan semua penyokong PKR dan PAS," katanya.
Muhyiddin yang juga mengetuai jentera pilihan raya BN di Hulu Selangor, menyifatkannya sebagai satu semangat muhibbah.
http://www.malaysiakini.com/bm/
0 comments: on "KELAKAR- Muhyiddin: BN sasar 6,000 undi majoriti"
Post a Comment